Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Saturday, November 28, 2009

Permohonan ke sm teknik

Permohonan ke sekolah menengah teknik bagi tahun 2010 telah dibuka. Tarikh tutup permohonan pada 04 Januari 2010.
Sila layari http://apps.emoe.gov.my/esptv/sptv2009/index.cfm

Saturday, November 21, 2009

Malam Mesra Asrama 2009

tim 'pemukul'

Tuan Pengetua, PK1 dan Warden

tarik minat

Tim nasyid melati

Penampilan teristimewa

menu yang sederhana

sabar menanti

20 Nov - Bertempat di Dewan Masjid al-Muqarrabin, Malam Mesra Asrama 2009 berlangsung dengan penuh ceria. Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Asrama dan diarahkan oleh Cikgu Wani itu menjadi tirai penutup aktiviti sekolah tahun 2009.

Tuesday, November 17, 2009

PRS berwajah baru

Pembimbing Rakan Sebaya sekolah akan di'reshuffle'kan. Ia seiring dengan beberapa perubahan yang berlaku di Bahagian HEM dan juga UBK. Perubahan ini dijangka akan 'membuka mata' banyak pihak yang seakan tidak menyedari kewujudan PRS. PRS yang berwajah baru akan "meletup"! Nantikan..

UBK Tahun 2010

Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dijangka akan lebih berdaya maju pada tahun hadapan. Ini memandangkan bertambahnya guru ke dalam unit tersebut.
Mudah2an, insyaALLAH.

Apakah ilmu yang bermanfaat?

والعلم النافع ما يزيد فى خوفك من الله تعالى
الامام الغزالي
دالم هداية السالكين, ص:12

Niat Belajar

وينبغى ان ينوي المتعلم بطلب العلم رضا الله تعالى والدار الآخرة وازالة الجهل عن نفسه وعن سائر الجهال واحياء الدين وابقاء الاسلام. فإن بناء الاسلام بالعلم ولا يصح الزهد والتقوى مع الجهل.
الامام الزرنوجي : ص10

Tuesday, November 10, 2009

Undian Kenapa ingin kekal di SMA MAIWP

Sila buat undian di sebelah.

** Khusus utk pelajar SMAMAIWP shj.
Selainnya, minta maaf.

Selepas Exam

Semua jenis peperiksaan sudah dilepasi. Kini buku sudah tidak disentuh lagi. Yang sibuk sekarang ialah cikgu, ustaz. Sibuk menanda kertas. Bagi pelajar yang bijaksana mereka akan manfaatkannya untuk terus menambahkan ilmu dan kemahiran. Banyak masa terluang di sekolah dan asrama. Jangan bazirkan. Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja. Sepatutnya sebelum exam sudah ada plan, apa yang nak dibuat selepas exam. Kalau fikir, pasti banyak benda yang boleh atau perlu dibuat. Contohnya menghafal surah2 tertentu, formula, matan dsb. Banyak. Walaupun mungkin banyak juga prgram sekolah yang diaturkan, tapi adakah semuanya dapat dimanfaatkan semaksimumnya...