Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Sunday, January 23, 2011

Peningkatan masalah mental di kalangan remaja

Di Malaysia (bukan US atau UK!) dilaporkan sebanyak 400,227 kes masalah kesihatan mental direkodkan tahun lalu iaitu meningkat sebanyak 15.6% berbanding tahun 2009. Bermakna ada seorang dalam setiap 68 orang yang mempunyai masalah mental. Wanita muda berumur antara 16-19 tahun dan wanita 70-74 tahun lebih tinggi dan ada idea untuk membunuh diri. Mungkinkah kita atau sanak saudara kita atau kawan-kawan kita salah seorang atau bakal salah seorang dari mereka? Apa ubatnya?

Thursday, January 20, 2011

Tahniah! SMA 100% Lulus

Sekolah Men Agama MAIWP sekali lagi meraikan kejayaan pada tahun ini apabila calon-calon Sijil Menengah Agama seramai 151 orang semuanya lulus dalam peperiksaan yang berlangsung pada tahun lepas.
SMA MAIWP dianugerahkan Sekolah Cemerlang bagi kategori swasta.
Dari segi ranking keseluruhan sekolah yang mengambil SMA JAIS, SMA MAIWP berada di tempat kedua apabila kekurangan 0.01 mata.
Tahniah!

Wednesday, January 5, 2011

Mesyuarat 1/2011 UBK dan Carta Organisasi 2011

Bertempat di Bilik UBK, jam 3.00 ptg. Kehadiran 100%.

Pendaftaran Pelajar Baru

Alhamdulillah pendaftaran tersebut berjalan lancar.
Mereka akan mengikuti Minggu Taaruf sehingga jumaat ini.

Sunday, January 2, 2011

Ujian Personaliti

Kata org putih Your Personality Determines Your Future. Ya, ada benarnya. Tanyalah org2 lama yg sudah hidup lama. Atau kalau tak percaya, buatlah sedikit kajian. Jadi, lihatlah dan kenali personaliti anda. Boleh cuba sbhgnya di sini: