Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Thursday, March 24, 2011

Latihan Sukan untuk MSSMWP

Latihan takraw diselia oleh Ust Kashful.

Latihan bola tampar di IPTT

Paling menjadi tumpuan, bola sepak.

Coach serius memberikan arahan.

23 Mac - Latihan beberapa acara sukan untuk pertandingan MSSM peringkat zon berjalan dengan rancak. Antara acara yang disertai bola sepak, bola tampar, bola jaring, sepak takraw dan badminton.

Inilah kali pertama SMA MAIWP akan terlibat dengan kejohanan tersebut ekoran penyertaannya sebagai SABK. Pertandingan ini mungkin akan menjadi pengukur kepada kejayaan sekolah dalam memenuhi falsafah pendidikan negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang.

Lawatan ke PRS & UBK ke SAMBES

Foto kenangan

bergambar sebelum pulang.

Kedua-dua Pengerusi serius berbincang sesuatu

Tumpuan sepenuhnya diberikan kepada taklimat yang disampaikan.

23 Mac - Alhamdulillah program Lawatan ke SAMBES berjaya dijalankan dengan disertai oleh seluruh ahli PRS dan Guru2 UBK. Ia turut disertai oleh PK HEM. Program berjalan dengan lancar dan dalam suasana yang mesra.

Ceramah Jatidiri

11 Mac - Ceramah Jatidiri untuk pelajar tingkatan 1 dan 2 berjaya diadakan bertempat di Dewan Masoba. Program yang bertujuan untuk menyuntik semangat belajar ini dikendalikan oleh Encik Mas Adeki.

Seminar Pembelajaran OsmanAffan

21 Feb - di tengah-tengah keletihan ekoran kejohanan sukan olahraga pihak UBK mengambil kesempatan sempena cuti peristiwa tersebut unutk mengadakan Seminar Pembelajaran OsmanAffan. Program separuh hari tersebut diadakan di Dewan Masjid Saidina Osman bin Affan dan disertai oleh hampir semua pelajar tingkatan 5 dan 3.

Kem Kepimpinan PRS & BKP 2011

Alhamdulillah pada 28 & 29 Jan 2011, pihak UBK dan Badan Disiplin berjaya menganjurkan Kem Kepimpinan PRS & BKP. Buat julung-julung kalinya program dijalankan sepenuhnya di bangunan sekolah, berbeza dengan tahun2 yang lalu. Pelbagai pengisian diadakan bagi memantapkan peserta yang terdiri dari seluruh anggota PRS dan BKP yang baru dilantik.

Program2 lain 2011

Antara prgoram yang dianjurkan oleh pihak2 lain di sma maiwp:

Jan & Mac, Minggu Taaruf Pelajar Baru

9 Feb, Kejohanan Merentas Desa

12 Feb, Karnival Keusahawanan

19 Feb, Kejohanan Olahraga

Feb, Lawatan dari SMAKL

Mac, Latihan Sukan untuk MSSMWP

Mac, Lawatan dari Brunai

Program UBK 2011 fasa 1, samb.

Akan datang:
Apr, Lawatan Jom Masuk U
Apr, lawatan ke Hari Kerjaya SMAKL
Apr, Ceramah Krisis Identiti.

Program UBK 2011 fasa 1

Pelbagai program yang dianjur dan dikendalikan oleh UBK berjaya dilaksanakan. Antaranya:
5 Jan, Ceramah Pemilihan Aliran
10 Jan, Pelancaran Program Permata Hati
10 Jan, Penyampaian Watikah Perlantikan PRS
Jan, Mesyuarat Agung PRS
28 & 29 Jan, Kem Kepimpinan PRS & BKP
21 Feb, Seminar Pembelajaran OsmanAffan
11 Mac, Ceramah Jatidiri
23 Mac, Lawatan ke SAMBES