Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Friday, April 15, 2011

Wakil SMA MAIWP johan

Wakil SMA MAIWP muncul sebagai johan keseluruhan bagi acara ujian hafazan, tilawah, syarahan agama dan azan anjuran JPWP peringkat zon pudu.

SMA MAIWP memperolehi tempat pertama bagi acara hafazan lelaki dan perempuan, syarahan lelaki dan tilawah perempuan. Tempat kedua bagi tilawah lelaki dan azan, dan tempat ketiga bagi syarahan perempuan.

Tempat pertama dan kedua akan mewakili zon ke peringkat negeri.

Tahniah!

Wednesday, April 13, 2011

Temuramah bersama Pelajar Cemerlang PMR dan SMA 2010

Rahsia ADIBAH sedang dikorek

NUR ALINA dengan yakin mensyarahkan rahsia kejayaannya

MUHD FIKRI BIN JOHAN – MUMTAZ 97.6%

Mempunyai tanggungjawab yang pelbagai bukanlah penghalang baginya untuk menggapai kejayaan yang cemerlang. Pencapaiannya dalam Sijil Menengah Agama (SMA) pada tahun lalu berjaya membuka mata semua pihak . Beliau yang juga seorang Pengawas Perpustakaan sekolah telah mencapai 97.6% -MUMTAZ dalam SMA 2010 sekaligus menjulangnya sebagai pelajar terbaik SMA di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. Apabila ditanya mengenai rahsia kejayaannya, beliau mengupas tentang amalan pemakanan seimbang yang sering diamalkannya. Baginya, pemakanan amat penting bagi menjamin pertumbuhan otak dan badan yang cergas. Memandangkan dirinya kurang gemar akan sayur- sayuran, beliau tidak lupa mengambil buah- buahan yang berkhasiat bagi mendapatkan nutrient yang mencukupi. Beliau juga mengamalkan sunnah junjungan besar Rasul S.A.W. yang tidak mencampur adukkan makanan darat dan makanan laut. Selain itu, waktu pengambilan makanan turut dititik beratkan olehnya.

NUR ALINA BINTI OMAR – MUMTAZ 97.2 %

Memperolehi kecemerlangan dalam SMA 2010 ibarat ‘durian runtuh’ bagi insan yang kecil molek ini. Beliau yang mempunyai pegangan hidup “ Dare yourself to dream and dare yourself to fulfill it “ berkongsi sedikit teknik-teknik pembelajaran yang sentiasa diamalkannya. Menurutnya, tumpuan dan perhatian dalam bilik darjah sangat penting dalam proses pembelajaran. Selain itu, beliau turut menekankan adab menghormati guru dalam hidupnya. Antara teknik hafalan yang diamalkannya dalam mengharungi peperiksaan SMA ialah memahami sepenuhnya topik yang perlu dihafal serta menghafal topik-topik tersebut berulang- ulang kali. Beliau juga tidak lupa membuat nota-nota ringkas bagi memudahkan penghafalannya selain sentiasa merujuk pada guru-guru subjek SMA.

Menjadi salah seorang perintis kejayaan di SMA MAIWP menjadikannya lebih bersemangat untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau turut memasang harapan agar SMA MAIWP terus maju dalam memanifestasikan insan yang berkualiti terhadap agama, bangsa dan Negara.

  • PENILAIAN MENENGAH RENDAH

ADIBAH FARHANAH BINTI ZAINAL – 9A

Melihat saja pada perwatakannya, mungkin ada beranggapan beliau merupakan seorang penuntut di institut pengajian tinggi biarpun hakikatnya beliau baru berumur 16 tahun. Kematangan dan kewibawaannya kian terserlah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Naib Ketua Umum 2 sekolah. Biarpun sentiasa disogok dengan pelbagai tugasan, beliau berjaya memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam PMR 2010 bersama rakan-rakannya yang lain . Menurutnya, pengurusan masa sangat penting dalam kehidupannya. Tidak dinafikan bahawa beliau bijak membahagikan masa antara pelajaran dengan tugasnya sebagai seorang Badan Kepimpinan Pelajar sekolah. Beliau sentiasa memanfaatkan masa terluang dengan mengulangkaji dan menyiapkan kerja sekolah memandangkan beliau sentiasa sibuk dengan tugasnya selepas tamat waktu persekolahan. Mengakui dirinya yang kurang gemar membaca buku, beliau sangat menitikberatkan tumpuan dalam kelas. Akhirulkalam, beliau sempat berpesan kepada seluruh pelajar SMA- MAIWP agar sentiasa menjaga hati ibu bapa, guru serta rakan – rakan untuk mendapatkan keberkatan mereka dan keberkatan Allah S.W.T

Kredit kepada Cik Suraya Afifi dan krewnya yang mengendalikan wawancara ini.

Sekolah Ganti & Kenduri Kesyukuran 2011

9 Apr - Kenduri kesyukuran sempena kejayaan dalam PMR dan SMA 2010.

Tuesday, April 12, 2011

Ceramah Krisis Identiti 2011

pada 19 apr. anjuran HEM dan BaDis dengan sokongan UBK.

Ceramah Gangguan Seksual 2011

pada 15 apr. utk lelaki sahaja. anjuran UBK.

Pertandingan Hafazan, Tilawah, Syarahan dan Azan

peringkat zon pudu/wp akan berlangsung di smk chrocraine pada 13 april.

Pertandingan Bola Tampar, Sepak Takraw dan Badminton

Fesyen pakaian ini membuka mata banyak pihak.

Selesai. mesej berjaya disampaikan.

Ceramah Kemahiran Belajar


5 apr, 8.30 am - Ceramah kemahiran belajar oleh Bro Hj Hasni Muhamad, CEO Adni School di Dewan Masoba. Program dianjurkan oleh UBK. semua pelajar terlibat.

Lawatan Ke Jom Masuk U


2 apr, 10.00-2.00 - Lawatan ke Karnival Jom Masuk U di Seri Kembangan. Seramai 37 pelajar ting 5 menyertainya dan diuruskan oleh UBK.

Tuisyen SPM

2 apr, 7.30 - tuisyen spm di sekolah masuk minggu kedua.

Pelancaran SUMUR

1 apr, 7.30 - Pelancaran SUMUR oleh Tuan Pengetua.

Kempen Adab & Sunnah

1 Apr, 7.30 - Pelancaran Kempen dan Minggu Adab oleh Tuan Pengetua di Dataran Ilmu. Program dibawah kendalian BKP.

5S

31 mac - gotong royong 5S.

Taklimat SUMUR

29 Mac - Taklimat SUMUR kepada semua guru disampaikan oleh ust Fauzan dari bpi kpm bertempat di Makmal Bahasa.
maklumat sumur boleh diperolehi di sini.
http://www.bpi.edu.my/index.php?option=com_rokdownloads&view=folder&Itemid=28&id=45%3Asumur-2011&lang=bm