Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Thursday, October 31, 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU 2014

PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH MENENGAH AGAMA, MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (SMA MAIWP) 2014. Dapatkan borangnya di sini http://www.jawi.gov.my/borangsmamaiwp.pdf

Wednesday, March 21, 2012

Keputusan SPM 2011

Alhamdulillah, SMA MAIWP terus mencipta sejarah apabila calon SPM 2011 mendapat kejayaan yang cemerlang. Analisis keputusan akan dimasukkan kemudian.

Thursday, January 26, 2012

Natijah SMA 2011

Alhamdulillah, SMA MAIWP terus memahat sejarah apabila mendapat keputusan kelulusan 100% dalam Sijil Menengah Agama 2011. Daripada seramai 125 orang calonnya, 110 orang mendapat pangkat MUMTAZ manakala selebihnya (15) mendapat JAYYID JIDDAN.
GPS : 1.13.
Tiga orang pelajar cemerlang keseluruhan iaitu Ahmad Ahnaf, Zurainaa dan Aini Shahirah dengan peratus 99%. Untuk rekod, Ahnaf merupakan Ketua Biro Pendidikan PRS 2012.
Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Foto: Ehsan FB SIDANG REDAKSI SMA MAIWP 2012

Tuesday, January 17, 2012

PRS sampaikan ucapan PPDa

Wakil PRS, sdra Ahmad Ahnaf bin Kashfun Nazir telah dipilih untuk menyampaikan ucapan berkaitan ancaman dadah. Beliau merupakan pelalajr pertama yang menyampaikannya di dalam Perhimpunan Mingguan.

Sunday, January 15, 2012

Permata Hati 2012 berjalan lancar

Salah satu kumpulan permata hati

Program Permata Hati 2012 yang telah dirasmikan pelancarannya pada seminggu sebelumnya berjalan dengan baik walaupun masih ada segelintir mentee yang 'ketiadaan ibu'. Kumpulan-kumpulan ini berserakan mengikut lokasi yang ditetapkan untuk bermunaqasyah tentang pelbagai perkara. Pada tahun ini, sebanyak 30 topik dimasukkan dalam buku modul.

Wednesday, January 11, 2012

AJK PRS 2012

MAT PRS 2012



Bertempat di Bilik Gerakan Aktiviti Pelajar, PRS 2012 mengadakan mesyuarat pertamanya bagi memilih dan membantuk struktur organisasinya. Semua ahli PRS dan guru penasihat hadir kecuali Ustazah Nadiah yang sedang cuti bersalin. Turut hadir memberikan suntikan semangat ialah PK HEM, Puan Norrizah Jamali.

Penyampaian Watikah PRS



Sunday, January 8, 2012

Penghargaan PMR 2011

Sijil dan hadiah yang diterima di atas pencapaian cemerlang dalam PMR 2011.

Saturday, January 7, 2012

Minggu Taaruf 2012




7 Jan 2012 - UBK telah dijemput untuk menyampaikan taklimat berkaitan UBK kepada para pelajar baru sempena Minggu Taaruf 2012. Taklimat diadakan di Wisma BIM.

Pelancaran Permata Hati 2012

Jumaat, 6 Jan, jam 12.00 thari di Dataran Ilmu.

Thursday, January 5, 2012

Pendaftaran Pelajar Ting 1 2012


Seramai 47 pelajar lelaki dan 57 pelajar perempuan telah mendaftar sebagai pelajar Tingkatan Satu SMA MAIWP bagi sesi persekolahan 2012. UBK mengucapkan tahniah kepada mereka yang terpilih ini.

Hari Pertama Persekolahan 2012



Ruang tepi kiri kosong dan sepi

Tirai persekolahan tahun 2012 SM MAIWP pada hari rabu, 4 Jan dimulakan dengan Majlis Perhimpunan Mingguan di Dataran Amal. Apa yang ketara bagi perhimpunan ini ialah ia tidak lagi padat sebagaimana tahun lepas. Ia ekoran 'kehilangan' pelajar sulung yang telah menamatkan pengajian mereka. Namun ia akan dipenuhi semula apabila pelajar tingkatan satu mendaftar. Hari pertama sekolah sibuk dengan pembahagian buku teks dan pembayaran yuran.

Saturday, December 31, 2011

Perbandingan Pengajian

Tulisan ini saya petik dr mahadirlab.com. Mungkin boleh jadikan panduan.

Kelebihan dan kekurangan bagi Matrikulasi, Asasi,diploma,Tahmidi, tingkat 6 dan sijil adalah seperti berikut:

Matrikulasi

1.Di bawah kerajaan – Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi.(Pro)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian – Terus masuk degree. (Pro)
4.Subject yang compact dan pembelajaran yang laju(Contra)
5.Kurang praktikal (Contra)
6.Perlukan result yang gempak. atau akan di tendang.(Contra)
7.Matrik, anda dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
8.Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Asasi / Foundation

1.Kalau dibawah IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa atau Pinjaman PTPTN dan MARA biasanya tidak diberi. (Contra)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian – Terus masuk degree. (Pro)
4.Kurang praktikal (Contra)
5.Perlukan result yang gempak atau akan di tendang.(Contra)
6.Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrikulasi. (Pro)
7.Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Diploma

1.Masa pembelajaran yang panjang – Biasanya 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
2.Lebih praktikal dari Asasi dan Matrikulasi dan Tingkat 6 (Pro)
3.Lebih peluang kerja – Matrikulasi + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
4.Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrikulasi – Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
5.Pembelajaran lebih relax. (Pro)
6.Mungkin melekakan. (Contra)
7.Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi. (Pro)

Tahmidi (USIM)

1.Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Tapi ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
2.Perlu power bahasa arab.

Tingkat 6

1.Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
2.Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
3.Kalo score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure boleh masuk apa course sains yang anda mahukan. (Super Pro)
4.Nak fly ke mana-mana pun tidak ada masalah bila keputusan 3.5 pada aliran sains (Super Pro)
5.STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
6.STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrikulasi. (Pro)
7.STPM science stream, anda dapat pointer dalam 2.75 pun anda mungkin dah boleh kalahkan matrikulasi yang pointer 3.2-3.4 (Pro)

Sijil

1.Pra- U (Contra)
2.Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
3.Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
4.Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.
5.Tidak digalakkan ambil Sijil.

Lain2 maklumat boleh dibaca di sini:

http://www.mahadirlab.com/kelebihan-asasi-matrik-diploma-tingkat6/

http://cgpauzi.blogspot.com/2010/08/kelebihan-tingkatan-6.html

http://lohanranau.blogspot.com/2011/06/kelebihan-kelebihan-memiliki-sijil-stpm.html

http://hafizhafizol.blogspot.com/2011/03/kisah-saya-budak-stpm-kelebihan-stpm-di.html


forum:

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9435.40

http://www.mysembang.net/v10/index.php?topic=3214.15

Wednesday, December 28, 2011

Kenapa seakan tidak berminat dalam bidang agama?

Diterbitkan di sini satu tulisan seseorang...yang baik jadikan teladan..

Saya pernah berusaha membawa masuk seorang alumni kisas yang berkecimpung dalam bidang syariah untuk menyampaikan ceramah halatuju. Beliau kata, jika dilihat kepada kawan2 yang ambil aliran sains dulu, tak ke manapun. Saya percaya beliau bukanlah memperkecilkan orang2 (rakannya) aliran sains, tetapi ingin menekankan bahawa mereka yang mengambil jurusan agama tidaklah kurang hebatnya berbanding aliran sains. Beliau bercakap dalam konteks aliran semasa di peringkat sekolah dahulu. Maaf! tolong jangan petik di luar kontek.
Saya kekadang berasa semacam ada perasaan rendah diri di kalangan pelajar aliran selain sains. Pelajar aliran sains ini kadang2 merasa macam hebat diri mereka. "Nak jadi saintis," kata sebahagian mereka. Tak pasti ungkapan itu benar2 dijiwai atau hanyalah pemanis bibir.
Nah sekarang ni banyak muncul sekolah2 agama yang menggabungkan aliran agama dengan sains malahan tahfiz sekali. Menjadi tak? Rasanya ramai yang menjadi. Tapi ke mana kecenderungannya?
"Saya kalau boleh mahukan di kalangan pelajar ni ada yang menjadi penyambung warisan pejuang2 dan ulamak masakini. Mereka akan pergi. Kita mahu lahirkan tokoh2 muda seumpama Dr Zul albakri, Dr Zaharuddin/UZAR, Dr MAZA, Dr Zahazan, Dr Khairuddin attakiri, atau seperti ust azhar idrus." keluh beliau pd kawannya.

bersambung..

*Tulisan ini tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini atau institusi yg diwakilinya.

Thursday, December 22, 2011

PMR 2011: 100% Lulus

Alhamdulillah! SMA MAIWP terus mengekalkan tradisi kecemerlangannya apabila semua calon PMR 2011 lulus. Lebih membanggakan 86.2% mendapat 9A berbanding 59% pada 2010 dan 25% pada 2009.
Syukur dan tahniah kepada semua!


Untuk rekod:
9A, Peningkatan sebanyak 27% berbanding tahun lepas.
Berita lama:

Sunday, December 11, 2011

Laman penting

Laman penting untuk dilayari oleh lepasan SPM:

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM/MOHE): http://www.mohe.gov.my/portal/


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM/MOE) : http://www.moe.gov.my/
Program matrikulasi http://www.moe.gov.my/?id=88

Kolej2 Komuniti bhg pengambilan http://bpkk.edu.my/bpkk/

Ceramah Persediaan dan Hala Tuju Selepas SPM

Penyampaian cenderamata

Ceramah 3: Puan Azwina Wati

Ceramah 2 oleh Tn. Hj. Suhaimi Deraman

Tekun mendengar ceramah

Ceramah 1 oleh Tn Hj Mohammad Ritzaudeen Bin Mohamad Tahir , Pengerusi Biro Pendidikan PIBG

Sebahagian peserta

10 Dis - UBK dan Biro Pendidikan PIBG bergabung tenaga bagi menjayakan Program Ceramah Persediaan dan Hala Tuju Selepas SPM bagi pelajar-pelajar tingkatan 5. Program yang diadakan di Dewan MASOBA itu menampilkan dua orang ahli profesional dalam bidang kejuruteraan dan kepeguaman selain ucapan oleh Ketua Penyelaras UBK sendiri, Ketua Biro Pendidikan PIBG dan Taklimat Permohonan UPU. Jurutera yang dijemput ialah Tuan Haji Ir. Suhaimi bin Deraman, seorang pengarah syarikat global yang berjaya. Bidang kepeguaman/undang-undang pula menampilkan Puan Azwina Wati, seorang peguambela dan peguamcara. Turut hadir memeriahkan program ialah Penolong Kanan HEM, Puan Nurrizah binti Jamali. Program tamat jam 1.45 petang.

Thursday, November 24, 2011

Bagaimana Mengisi MASA cuti?

Oleh WM Ubaidillah Wan Abas,
Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Cuti persekolahan yang panjang sudah masuk minggu ke dua. Ramai yang gembira kerana setelah sekian lama bertungkus lumus dalam pelajaran akhirnya dapat berehat panjang di rumah masing-masing. Namun cuti yang sedang dilalui ini janganlah dihabiskan tanpa ada hasilnya. Apa yang telah anda rancang untuk lebih kurang 14 hari itu? Adakah anda sudah merancangnya? Kata orang putih, if you fail to plan, you plan to fail!. Sebaiknya perancangan anda itu ditulis. Pakar perancangan dan strategik menyatakan mereka yang menulis perancangan akan dapat menjayakan 80% perancangannya, sebaliknya orang yang tidak menulis plannya maka hanya 20% yang berjaya. Nah! Tuliskan sekarang, anda belum terlambat.

Jangan biarkan 14 hari cuti anda berlalu tanpa apa-apa outcome yang baik untuk diri anda. Antara perkara yang boleh anda timbangkan untuk pengisian tempoh tersebut ialah:

1. Membaca dan Menghafaz al-Quran - Menghafaz al-Quran sebenarnya melatih dan menguatkan daya ingatan/memori otak kita. Apatah lagi dengan banyaknya ayat dan surah yang anda belum dapat tasmik pada penggal yang lepas! Hafal untuk rekod peribadi dan juga untuk memenuhi muqarrar sekolah. Letakkan target berapa juzuk atau surah yang mesti dihabiskan. Buat jadual contohnya setiap selepas solat mesti baca atau hafaz dua helaian.

2. Ulangkaji pelajaran - Sudah tentu banyak kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru yang perlu disiapkan. Di samping itu, bolehlah memuraja’ah, mengulangkaji dan menyemak balik apa yang pernah dipelajari. Selain itu, apa yang akan dipelajari untuk penggal yang akan datang juga perlu diperhatikan. Buat persiapan awal.

3. Ziarah - Adakan kunjungan terhadap sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan, jiran dan sebagainya. Ini dapat mewujud dan mengeratkan silaturrahim. Semasa waktu persekolahan, anda sibuk dan tidak sempat mengeratkan hubungan. Nah sekarang masanya. Dengan menghubungkan silaturrahim anda akan mendapat rahmat, masuk syurga, kesan kepada dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki (rujuk Hadith). Selaian itu, seseorang yang menziarahi orang sakit atau kawannya kerana Allah, maka malaikat akan mendoakan kepadanya tempat di syurga.

4. Siyahah - Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi sama ada dalam dan luar negeri (bagi yang berkemampuan). Ada yang plan untuk umrah. Jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengetahuan.

5. Muzakarah - adakan diskusi dengan sesiapa yang dianggap boleh kita menimba ilmu daripada mereka. Kita boleh jumpa pak-pak imam, tok-tok guru, rakan-rakan lama yang kita tahu kebolehannya. Namun elakkan dari berdebat dan bertegang leher!

6. Amal Ijtima’ie - Libatkan diri dengan kegiatan-kegiatan komuniti yang boleh membina sahsiah anda. Program-program seperti gotong royong membersihkan surau, masjid, taman perumahan, kenduri-kendara, sukan dan sebagainya wajar disertai. Dengan penyertaan ini anda dapat membina hubungan yang sihat dengan ahli masyarakata anda. Namun harus diingat anda membawa nama sekolah dan elakkan dari melakukan perkara yang boleh mencemarkan nama baik pelajar sekolah agama.

7. Baramij Bannaie - Jika anda berkemampuan, sertai program-program pembinaan diri atau motivasi yang banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak. Pilih program yang anda rasa perlu sahaja. Bincangan dengan ibubapa. Jangan bazirkan masa, tenaga dan fulus anda.

8. Ma’rad - Di sana sini terdapat pameran yang dianjurkan pelbagai pihak. Pilih yang sesuai dengan anda atau yang menambahkan pengetahuan dan membina motivasi diri. Contohnya pameran buku, pameran peluang-peluang pendidikan dan sebagainya. Anda boleh mencarinya di laman web atau di dada akhbar.

9. Ta’wwun Usrah - Bantu ahli keluarga di rumah - Ya! Yang ini sudah pasti perlu anda usahakan agar keberadaan anda di rumah tidak menyusahkan malah sebaliknya. Yang lelaki boleh membantu mencuci kenderaan, membersihkan tingkap, halaman rumah dan sebagainya. Yang perempuan mungkin boleh mengemas pakaian, menjahit, mengemas dapur dan memasak.

10. Memondok - Alangkah baiknya semasa cuti yang panjang ini anda dapat tinggal di pondok-pondok pengajian agama. Pondok banyak terdapat di Kelantan, Terengganu, Kedah malahan Selangor. Jika mahukan lebih, mungkin boleh ke Patani atau Indonesia. Jika mahu lebih lagi, terbang ke timur tengah. Namun merasai suasana kehidupan dan pengajian pondok di tanah air sudah memadai. Kalau benar-benar mahu, saya boleh tolong usahakan.

Selain itu, anda perlu mengelakkan diri daripada mensia-siakan waktu dengan hanya makan tidur sepanjang hari. Atau melepak di depan kaca tivi atau pc, atau merayau-rayau tanpa tujuan. Ingat sekali lagi bahawa anda wajib menjaga nama baik pelajar sekolah agama. Jaga adab!

** Guru Kaunseling anda, boleh dihubungi di wmubai@yahoo.com atau abutalhah1@gmail.com. Tulisan ini pernah disiarkan sblm ini di blog smamaiwp.

Peperiksaan SPM

Peperiksaan SPM berlangsung dari 14 nov sehingga 13 dis. Semoga semuanya mendapat kejayaan!

Cuti Akhir Tahun 2011

Cuti persekolahan akhir tahun bermula 12 nov dan berakhir pada 3 jan 2012.

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Saya mewakili seluruh warga UBK dan PRS SMA MAIWP mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut ramadan al-mubarak. Kullu 'amm wa antum bikhairr... Ramadan kareem!

Saturday, June 25, 2011

Hari Laporan Prestasi 2011

Ditetapkan pada 25 jun 2011. Para ibubapa diharap dapat meluangkan masa untuk bersama guru dan anak2 bagi berbincang tentang masa depan anak2 mrk.

PK1 2011

Peperiksaan Penilaian Kurikulum 1 utk pelajar ting 5 bermula 20 jun , manakala ting 3 dan 4 pada 27 jun.

Sambutan Hari Guru 2011

Hari Guru jatuh pada 16 mei setiap tahun. Namun bagi SMA MAIWP, ia terpaksa disambut pada 17 jun 2011. Diadakan secara sederhana bertempat di Dewan Masjid MASOBA.