Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Saturday, December 26, 2009

Cadangan yang baik

Cadangan seorang pengunjung supaya menyenaraikan nama dan gambar pelajar yang mendapat keputusan 9A dalam PMR sebagai penghargaan di blog amatlah baik. Saya akan usahakan (insyaAllah). Walk the talk!
Oleh itu, sesiapa yang memiliki gambar detik-detik bersejarah pada 24 disember, sila emelkan ke sini: wmubai@yahoo.com
( * Pihak webadmin tidak memiliki telefon bimbit yang dapat merakamkan gambar. Kamera yang ada pula lebih banyak tersimpan di rumah daripada digunakan kerana tidak berapa 'sihat').

Saya juga (insyaAllah) akan cuba lakarkan suasana pada 9.40 pagi di dalam bilik pengetua dan sekitar sekolah.
Juga akan (insyaAllah) cuba menemuramah secara online pelajar-pelajar yang mendapat 9A; perasaan mereka, persediaan, nasihat kepada adik-adik, perancangan selanjutnya dan sebagainya. Mohon kerjasama semua.

Banyaknya benda nak buat. Semua nak buat. kena cari asisten.

Lagi Fakta PMR

  • Daripada keseluruhan pelajar, hanya 7 orang pelajar yang mendapat gred D (4.06%).
  • Daripada 43 pelajar yang mendapat 8A, 40 orang mendapat B untuk satu lagi mata pelajaran.

2010 Tahun SMA

Tahun 2010 akan lebih mencabar kerana para pelajar tingkatan 4 akan menduduki Sijil Menengah Agama. Peperiksaan ini akan menjadi medan penting untuk mengukur tahap pencapaian sebenar pelajar setelah 4 tahun menuntut di SMA. Ia lebih mencabar ekoran keputusan dalam PMR baru ini meletakkan Bahasa Arab di tempat yang terakhir.
Selain itu generasi kedua pula (ting 3 2010) akan menduduki PMR. Jangan lupakan mereka ini.

SMA Terbaik!

Seseorang menulis...

ingin saja saya isytiharkan bahawa SMA MAIWP adalah SMA terbaik di Wilayah Persekutuan dalam PMR 2009.

Saya bersetuju dengan beberapa fakta dan hujjah.

Thursday, December 24, 2009

Carta Result PMR 2009


Pembetulan: 9A adalah 25% bukan 24% spt yg tertera. technical error.

Yang mendapat 5A dan ke atas : 149 orang @ 86.62%

Ke mana anda?

Khas untuk pelajar Ting 3.
Setelah mendapat result, maka ke mana hala tuju anda seterusnya?
Sila buat undian di ruangan sebelah kanan. Falyatafaddal!

28,188 pelajar dapat semua A dalam PMR

Fakta keputusan PMR 2009.

  • 28,188 pelajar memperolehi A bagi semua mata pelajaran (termasuk 43 orang daripada SMA MAIWP).
  • 281,781 calon memperolehi sekurang-kurangnya gred D bagi semua mata pelajaran (termasuk 172 daripada SMA MAIWP).
  • 397 calon mendapat E untuk semua mata pelajaran.
Sekolah2 terbaik (ini semua yang dibawah KPM, yang dikendalikan pihak selain KPM tidak dinilai di sini)
  • Sekolah harian terbaik SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi, Selangor, SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu, SMK Sultan Badlishah, Kulim, dan SMK Sultanah Asmah, Alor Setar serta SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
  • Sekolah Berasrama Penuh terbaik : Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu, Sekolah Dato Abdul Razak dan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, serta SM Sains Tengku Abdullah, Raub.
  • Sekolah menengah agama terbaik : SM Imtiaz, Besut, dan SM Imtiaz, Kuala Berang, Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya dan Sekolah Agama Persekutuan Kajang serta SM Agama Persekutuan Labu.
475,182 calon menduduki PMR tahun ini.
  • 442,611 (93.1 peratus) adalah calon daripada sekolah di bawah kelolaan Kem. Pelajaran.
  • 4,150 pelajar (0.9 peratus) adalah calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM),
  • 13,234 (2.8 peratus) calon sekolah swasta (termasuk 172 daripada SMAMAIWP),
  • 13,561 (2.9 peratus) calon sekolah agama tadbiran kerajaan negeri,
  • 1,288 calon (0.2 peratus) sekolah agama rakyat,
  • dan 333 calon (0.1 peratus) persendirian.
sumber:
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/24/mstar_berita/20091224121207&sec=mstar_berita
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/47522-pmr-28188-pelajar-peroleh-semua-a

Alhamdulillah dan Tahniah!

Alhamdulillah..semua calon PMR SMA MAIWP seramai 172 orang lulus 100%.
43 orang mendapat 9A.
Seramai 149 orang atau 86.62 % mendapat 5A dan ke atas.
AlfunMabruk!

*Maklumat disediakan oleh SUP PMR 2009.

Saturday, December 19, 2009

Keputusan PMR keluar 24 disember

Keputusan PMR bagi tahun 2009 akan dikeluarkan pada 24 disember ini. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi. Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KPP KPM beberapa hari yang lepas.

* Moga semuanya mendapat keputusan cemerlang.
* Mohonlah dengan sesungguh-sunguhnya pada Yang Maha Kuasa selagi masih ada masa.

Thursday, December 10, 2009

Beginikah suasana pagi selasa tahun depan?

Untuk fasa permulaan, 10 orang telah terpilih untuk menyarung uniform ungu.

TARIKH PENTING DALAM ISLAM 2010

HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM

  • 12 Rabiulawal 1431 / 26 Feb 2010 – Maulidur Rasul
  • 27 Rejab 1431 /10 Julai 2010 – Israk dan Mikraj
  • * 1 Ramadhan 1431 / 11 Ogos 2010 – Awal Ramadhan/Berpuasa
  • 17 Ramadhan 1431 / 27 Ogos 2010 – Nuzul Al-Quran
  • * 1 Syawal 1431 / 10 September 2010 – Hari Raya Puasa/Idul Fitri
  • 1 Zulhijjah 1431 / 8 November 2010 – Awal Zulhijjah
  • * 10 Zulhijjah 1431 / 17 November 2010 – Hari Raya Korban/Idul Adha
  • 1 Muharam 1432 / 7 Disember 2010 – Awal Muharam/Maal Hijrah

* Tertakluk kepada perubahan

School Holidays 2010

13 March – 21 March First Mid Term Break
5 June – 20 June Mid Year Break
4 Sept – 12 Sept Second Mid Term Break
20 Nov – 2 January Year End Break

State Public Holidays 2010

1 January New Year All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
17 January Sultan of Kedah’s Birthday Kedah
1 February Federal Territory Day Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
February Thaipusam* Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang, Selangor, Kuala Lumpur
4 Mac Anniversary of Installation of Sultan of Terengganu Terengganu
30 Mac Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan
31 Mac Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan
2 April Good Friday Sabah, Sarawak
8 April Sultan of Johor’s Birthday Johor
15 April Declaration of Malacca as a Historical City Melaka
19 April Sultan of Perak’s Birthday Perak
7 May Hari Hol Pahang Pahang
17 May Raja Perlis’ Birthday Perlis
30 May Kaamatan Harvest Festival Labuan, Sabah
31 May Kaamatan Harvest Festival Labuan, Sabah
1 June Gawai Dayak Festival Sarawak
2 June Gawai Dayak Festival Sarawak
June Hari Hol Almarhum Sultan Ismail* Johor
8 July Israk and Mikraj Kedah, Negeri Sembilan, Perlis
10 July Yang DiPertuan Negeri of Penang’s Birthday Penang
19 July Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan’s Birthday Negeri Sembilan
20 July Sultan of Terengganu’s Birthday Terengganu
11 August Awal Ramadan* Johor, Kedah, Melaka
August Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor, Terengganu
11 September Yang di-Pertua of Sarawak’s Birthday Sarawak
16 September Yang di-Pertua of Sabah’s Birthday Sabah
9 October Yang di-Pertua of Melaka’s Birthday Melaka
24 October Sultan of Pahang’s Birthday Pahang
5 November Deepavali All except Sarawak & Federal Territory of Labuan
11 December Sultan of Selangor’s Birthday Selangor

National Public Holidays 2010

14 February Chinese New Year
15 February Chinese New Year
26 February Prophet Muhammad’s Birthday
1 May Labour Day
27 May Wesak Day
5 Jun Birthday Celebration of SPB Yang di Pertuan Agong
31 August National Day
10 September Hari Raya Puasa*
11 September Hari Raya Puasa*
16 September Malaysia Day
16 November Hari Raya Haji*
7 December Maal Hijrah*
25 December Christmas

*Subject to changes

Taqwim Persekolahan 2010

Rancanglah masa depan anda. Apa yang akan dibuat hari esok dan seterusnya.

Monday, December 7, 2009

Pesanan dr Guru TafsirHadith & PQS

Khusus untuk pelajar ting 4.
Sila baca, fahami, teliti dan hayati Surah Kahfi (silibus thanawi).
Bagi yg akan mengambil subjek Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, bolehlah dapatkan buku2 rujukan/tambahan di kedai2 buku.

Pelajar Ting 1, 2 dan 3 (2010) digalakkan meninjau-ninjau ke blog tafsirhadith.
Blog tsbt. masih 'beroperasi', namun perlu mendaftar terlebih dahulu.

Program Motivasi Remaja

22-24 Dis 09.
Casa Rachedo, Port Dickson.
Makan minum dan penginapan percuma.
Pelajar ting 2, 3, 4 shj.
Anjuran Pusat Zon 5&6 BPK (Masjid) JAWI.
Tarikh ttp pendftran : 10 dis.
Tempat adalah TERHAD.
Yang berminat, sila hubungi En. Masjaya: 03 9172 5357

** Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, dsb jika menyertai apa2 prgram. Kami hanya mengiklankan program2 yg dirasakan bermanfaat dan diyakini. (amar ma'ruf!).

Saturday, November 28, 2009

Permohonan ke sm teknik

Permohonan ke sekolah menengah teknik bagi tahun 2010 telah dibuka. Tarikh tutup permohonan pada 04 Januari 2010.
Sila layari http://apps.emoe.gov.my/esptv/sptv2009/index.cfm

Saturday, November 21, 2009

Malam Mesra Asrama 2009

tim 'pemukul'

Tuan Pengetua, PK1 dan Warden

tarik minat

Tim nasyid melati

Penampilan teristimewa

menu yang sederhana

sabar menanti

20 Nov - Bertempat di Dewan Masjid al-Muqarrabin, Malam Mesra Asrama 2009 berlangsung dengan penuh ceria. Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Asrama dan diarahkan oleh Cikgu Wani itu menjadi tirai penutup aktiviti sekolah tahun 2009.

Tuesday, November 17, 2009

PRS berwajah baru

Pembimbing Rakan Sebaya sekolah akan di'reshuffle'kan. Ia seiring dengan beberapa perubahan yang berlaku di Bahagian HEM dan juga UBK. Perubahan ini dijangka akan 'membuka mata' banyak pihak yang seakan tidak menyedari kewujudan PRS. PRS yang berwajah baru akan "meletup"! Nantikan..

UBK Tahun 2010

Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dijangka akan lebih berdaya maju pada tahun hadapan. Ini memandangkan bertambahnya guru ke dalam unit tersebut.
Mudah2an, insyaALLAH.

Apakah ilmu yang bermanfaat?

والعلم النافع ما يزيد فى خوفك من الله تعالى
الامام الغزالي
دالم هداية السالكين, ص:12

Niat Belajar

وينبغى ان ينوي المتعلم بطلب العلم رضا الله تعالى والدار الآخرة وازالة الجهل عن نفسه وعن سائر الجهال واحياء الدين وابقاء الاسلام. فإن بناء الاسلام بالعلم ولا يصح الزهد والتقوى مع الجهل.
الامام الزرنوجي : ص10

Tuesday, November 10, 2009

Undian Kenapa ingin kekal di SMA MAIWP

Sila buat undian di sebelah.

** Khusus utk pelajar SMAMAIWP shj.
Selainnya, minta maaf.

Selepas Exam

Semua jenis peperiksaan sudah dilepasi. Kini buku sudah tidak disentuh lagi. Yang sibuk sekarang ialah cikgu, ustaz. Sibuk menanda kertas. Bagi pelajar yang bijaksana mereka akan manfaatkannya untuk terus menambahkan ilmu dan kemahiran. Banyak masa terluang di sekolah dan asrama. Jangan bazirkan. Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja. Sepatutnya sebelum exam sudah ada plan, apa yang nak dibuat selepas exam. Kalau fikir, pasti banyak benda yang boleh atau perlu dibuat. Contohnya menghafal surah2 tertentu, formula, matan dsb. Banyak. Walaupun mungkin banyak juga prgram sekolah yang diaturkan, tapi adakah semuanya dapat dimanfaatkan semaksimumnya...