Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Sunday, July 11, 2010

Temuramah bersama Tuan Pengetua

Muqaddimah. Berikut adalah biodata ringkas dan rumusan sedutan wawancara yang diadakan pada 8 Julai 2010 di Pejabat beliau. Wawancara ini dikendalikan oleh wartawan al-Irsyad (Fairuz Khalili Mohd Adlan, Siti Aisyah Isa dan Uzair Addin).

Nama: TUAN HJ ADNAN BIN ABDULLAH.

Latar Belakang Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Pasir Puteh, kemudian ke sebuah sekolah agama di Besut. Terpilih untuk ke Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin (SMUSZA) dan seterusnya memilih untuk menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Usuluddin dan Falsafah pada tahun 1974. Dalam peperiksaan SRP (kini PMR) beliau berjaya menduduki tempat kedua dari keseluruhan pelajar. Semasa di Tingkatan 4 pula, beliau mendapat tempat ketiga untuk seluruh tingkatan. Manakala dalam peperiksaan Rabi’ Thanawi, beliau berjaya mendapat tempat kedua. Walaupun berminat dan layak untuk menimba ilmu di Timur Tengah, namun beliau terpaksa menolaknya berikutan kos yang tinggi, memandangkan beliau daripada keluarga yang susah susah. Sejak kecil lagi beliau berazam untuk mengubah keadaan tersebut. Beliau juga memiliki Diploma Pendidikan, Diploma Kaunseling (UTM) dan Master Kaunseling (UTM) serta masih berhasrat untuk menyambung ke peringkat PhD.

Keluarga

Mempunyai seorang isteri dan 13 orang anak. Seorang anak berada di sekolah rendah, tiga orang di sekolah menengah dan 9 orang di pelbagai universiti dalam dan luar negara. Dalam mendidik anak-anak, beliau amat mengambil berat tentang solat, bercakap jujur dan ikhlas, saling meminta maaf. Baginya, setiap ibu bapa perlu menjadi role model kepada anak-anak.

Prinsip & Pegangan Hidup

Pengetua ini sentiasa berpegang kepada prinsip beliau iaitu bertaqwa kepada Allah, mengutamakan ajaran Islam dan memastikan kehidupannya sentiasa bertepatan dengan kehendak Allah SWT.

Azam, Cita-cita & Harapan

Beliau memasang harapan agar para pelajar sampai kepada tahap yang amat membanggakan semua pihak sehingga membuktikan bahawa SMA MAIWP setanding dengan sekolah-sekolah lain. Sebagai peneraju SMA MAIWP, beliau berazam berusaha untuk membentuk masyarakat yang bermatlamatkan ketaqwaan kepada Allah dan maju dalam semua bidang serta mampu menghadapi suasana dunia yang penuh dengan cabaran. Beliau berharap agar SMAMAIWP berhasil mewujudkan anak bangsa yang berjaya dengan penuh ketaqwaan. Harapan beliau kepada ibu bapa agar dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah supaya dapat membentuk para pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat serta sampai kepada matlamat secara bersama.

Hari Laporan Prestasi 2010

Diadakan pada 10 Julai 2010. Beberapa aktiviti selingan turut diadakan seperti jualan gerai keusahawanan.

Temubual dengan Sdri Azri Ardilla

Beliau merupakan Tokoh Pelajar Cemerlang SMA MAIWP 2009. Beliau yang memperoleh 9A dalam PMR mempunyai rahsia kejayaannya yang tersendiri. Menurutnya, pengurusan masa dan disiplin yang tinggi sangat penting dalam kehidupannya sebagai seorang pelajar. Beliau juga sentiasa menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Sikapnya yang sememangnya minat belajar semenjak kecil menjadi pendorong kepadanya untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Beliau turut berpegang teguh dengan kata-kata ayahnya, "sesuatu yang hendak dicapai perlu dikejar". Beliau berpendapat bahawa setiap ibu bapa perlulah memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak untuk mencapai cita-cita mereka di samping sentiasa membimbing dan bukan menentukan cita-cita mereka. Akhir sekali, beliau berharap agar diri dan rakan-rakannya dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi sehingga berjaya mengharumkan nama diri, keluarga, sekolah dan masyarakat di samping berusaha menabur bakti kepada agama Islam. Beliau juga berdoa agar SMA MAIWP terus maju sehingga dapat melahirkan insan yang berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat.

Gambar atas: Ketika ditemubual wartawan al-Irsyad, NurAfiqah Rostam pada petang 8 Julai di Bilik Gerakan PRS.


Ceramah "Gaza Menangis"

Penyampaian cenderamata oleh Ketua Bidang Agama kepada Tuan Penceramah.

Penyampaian yang mantap!

Para audien menumpukan perhatian sepenuhnya.

Bertempat di Dewan MASOBA, satu ceramah berkaitan Palestin telah berjaya diadakan. Program yang dianjurkan Unit Dakwah BKP disampaikan oleh Ustaz Riduan, wakil Muslim Care. Beliau yang pernah ke Gaza adalah penulis buku Gaza Menangis. Audien kelihatan 'tidak puas' dengan masa satu jam yang diberikan.

Friday, June 11, 2010

RMK 10: berita baik

Antara yang amat berkaitan dengan kita dalam pembentangan RMK 10 ialah:

...* Pertimbangan yg sama (utk ikuti pengajian di inst pend guru) kpd calon lepasan Sijil Men Agama atau Sijil Tinggi Agama kelolaan Jab Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri2 yg tlh memiliki SPM utk menjadi guru program pend agama Islam dan J-Qaf.

cuti persekolahan

Cuti sekolah sebenar baru bermula..

Wednesday, June 9, 2010

Seminar Pemantapan SMA (Tafsir Hadith)

Tandamata kenangan kepada penceramah.

khusyuk mendengar


penceramah

sebahagian banin

Alhamdulillah berjaya dilaksanakan dan disampaikan oleh Ustaz Mashkuri bin Miskan.

Ceramah Adab Penuntut

Program yang diuruskan oleh Ustaz Hafiz bin Suliman ini alhamdulillah berjaya diadakan pada 7 jun 2010 dengan ditaja sepenuhnya oleh PIBG.

Friday, May 14, 2010

Mentor Mentee Edisi Khas

14 Mei - Program Mentor Mentee pada hari ini diisi dengan ucapan sulung Tuan Pengetua, Haji Adnan bin Abdullah. Dalam ucapannya ringkasnya, beliau menekankan tentang kepentingan jujur dan ikhlas serta menghargai peranan guru. Beliau juga sempat menceritakan sedikit latarbelakang peribadi beliau.

Ahlan Wasahlan..

Selamat datang diucapkan kepada pengetua yang baru, Tuan Haji Adnan bin Abdullah. Semoga kehadiran beliau dapat meneruskan dan meningkatkan lagi kecemerlangan SMA MAIWP.

Salam Wida'

Salam perpisahan kepada Tuan Haji Shahidin bin Tinik, Pengetua Pertama SMA MAIWP yang telah tamat kontrak perkhidmatan beliau. Semoga beliau terus cemerlang dalam langkah-langkah seterusnya.

Saturday, May 1, 2010

Seminar Motivasi PMR

UBK dengan kerjasama pengurusan asrama taman melati berjaya menganjurkan seminar motivasi pada 25 april baru-baru ini. Program yang diuruselia oleh Cikgu Salina itu melibatkan kesemua pelajar tingkatan 3 dari kedua-dua asrama.

Pelancaran Gempur PMR

Pada 24 April 2010, bertempat di Asrama Putera Taman Melati, Majlis Pelancaran Gempur PMR 2010 berjaya disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Haji Mohd Shahidin bin Tinik. Beberapa aktiviti menarik diadakan sempena pelancaran ini.

Pelancaran MUMTAZ SMA

Tim Kompang menyambut dan meraikan tetamu.

Akujanji untuk dapatkan mumtaz.

5 A @ Mumtaz.


Ikrar penuh bersemangat dipimpin oleh Wan Shahir.

Ceramah Pemantapan SMA


Diadakan pada 10 April 2010 (hari sabtu sekolah ganti) melibatkan semua pelajar tingkatan empat.

Kejohanan Olahraga

Lagak Juara!

Pasukan uniform
Pasukan uniform memeriahkan suasana.

Raptai

Bertempat di Stadium Mini BSP, pihak sekolah berjaya menganjurkan kejohanan sukan antara rumah.Sebanyak empat rumah sukan iaitu rumah Salahuddin alAyyubi, Uqbah bin Nafi', Abdullah bin Rawahah dan .
Dalam kejohanan kali ini, rumah Ibnu Rawahah (kuning) berjaya menguasai hampir keseluruhan acara terutama bagi kategori lelaki dan muncul sebagai juara keseluruhan.

Larian Merentas Desa (Taman)



Warming up 'tabata' sebelum larian dipimpin En Hasyri

Larian Merentas Desa (tepatnya taman) berjaya diadakan baru-baru ini. Ia melibatkan hampir kesemua pelajar. Acara dibahagikan kepada dua kategori iaitu menengah bawah dan atas.

Friday, April 30, 2010

News

berita2 yg akan dimasukkan..


pelancaran MUMTAZ 5A
pelancaran gegar pmr
majlis anugerah pmr 2009
majlis perpisahan/persaraan mudir
seminar pmr melati
ceramah motivasi sma
seminar keibubapaan pibg
kejohanan olahraga
larian merentas desa
dll

5 syarat untuk membuat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?” “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

"Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

Allahu a’lam bissowab.