Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Thursday, November 4, 2010

8 juta untuk sma maiwp labuan

MAIWP juga telah meluluskan sebanyak RM8 juta bagi penubuhan sekolah menengah agama MAIWP di Labuan.

IKLAN Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
1.Warganegara Malaysia
2. Memperolehi 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 9A dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) di SRA JAWI tahun 2010
(Gred A dalam Subjek Bahasa Arab)
3. Mempunyai penguasaan yang baik dalam
~ Tulisan Jawi
Bacaan Al-Qur'an;
4. Lulus ujian kelayakan; dan
5. Tidak mempunyai penyakit kronik

CARA MEMOHON:

Borang Permohonan boleh diperolehi di:

Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Aras 3, Menara Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur, atau

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan d/a Masjid Saidina Othman ibn Affan Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kuala Lumpur

Borang Permohonan boleh diambil bermula dari 8 hingga 12 November 2010 sahaja pada waktu bekerja (jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang)

Sila bawa bersama kad pengenalan / sijil / surat beranak serta keputusan UPSR dan UPSRA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 24 November 2010 (Rabu).

Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah sampai sebelum atau pada 24 November 2010 ke alamat berikut (serahan tangan):

Pengetua

Sekolah Menengah Agama, d/a Masjid Saidina Othman ibn Affan

Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kuala Lumpur

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

(u.p. : Unit Dokumen SMA-MAIWP)

Keputusan UPSR 2010 Diumumkan 11 Nov

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan pada 11 November ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran pada Khamis. Kenyataan itu menyebut calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan. Pada tahun ini, seramai 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Wednesday, October 6, 2010

Jadual SMA

Jadual Peperiksaan SMA sudah dikeluarkan oleh pihak BPI JAIS dan menunggu masa untuk diedarkan kepada calon-calon SMA.

ar-Raja'

Program ar-Raja, khusus untuk calon-calon SMA pada 6 oktober 2010 di dewan MASOBA.

PMR

Bermula 6 oktober.

Program Restu Ilmu

Di Masjid Wilayah Persekutuan.

Perkhemahan Badan Beruniform

Di Pusat Belia Bukit Lagong

Peralatan Perkhemahan BKAWM

Untuk makluman peserta Perkhemahan anjuran BKAWM, sila bawa bersama barang/peralatan berikut:

1. Pakaian Aktiviti : T-shirt, Seluar track, Kasut sukan, Stocking

2. Pakaian Solat : Baju melayu, Songkok / Kopiah,Telekung

3. Barangan Kendiri : Tuala, Sabun, Ubat gigi, Berus gigi

4. Barang-barang lain : Selipar, Beg plastik, Lampu suluh

Friday, August 20, 2010

Tuesday, August 17, 2010

Percubaan SMA

Bermula hari ini, 16 ogos sehingga 19 ogos.
Semoga semuanya dapat menjawab dengan baik.

Sunday, August 8, 2010

Perkongsian Pengalaman 'Perkongsian Pintar'

Majlis tersebut diadakan di Dataran Ilmu pada 6 ogos dan dipengerusikan oleh Sdra Wan Syahmin Wan Zaini.

Program Iftar, Khatam dan Ceramah Sempena Sambutan Ramadhan

Bertempat di Asrama Belia Taman Melati, seluruh warga SMA MAIWP 'bermalam' di sana pada 5 ogos baru-baru ini.

Thursday, July 29, 2010

Tewas

Perlawanan persahabatan dengan SMA Hulu Langat melibatkan acara badminton, bola tampar, sepak takraw dan bola sepak yang berlangsung pada petang semalam menyaksikan pasukan sekolah tewas dalam kesemua acara. Takziah dan cuba lagi.

Wednesday, July 28, 2010

21 kes pelajar mengandung, bersalin luar nikah

Sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang telah dikesan oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi, berkata 12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan sembilan di kawasan bandar.

"Siasatan yang dilakukan kementerian menunjukkan bahawa 20 kes adalah berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes melibatkan kes rogol," katanya.

Baca selengkapnya di sini http://www.malaysiakini.com/news/138537

'Gantung pelajar kerana lewat munasabah atau tidak?

Ada tindakan disiplin yang diambil oleh sesetengah sekolah terhadap pelajar didapati tidak bersesuaian dan perlu diganti, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan.

Katanya dakwaan wujudnya kes pelajar digantung sekolah akibat kelewatan datang ke sekolah adalah tidak munasabah.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai terdapat sekolah di Lembah Klang yang mengenakan hukuman gantung sekolah selama dua minggu bagi pelajar yang selalu lewat datang ke sekolah.

"Datang lewat jarang diambil tindakan macam tu, sebaliknya jika kes-kes berat seperti memukul guru atau merosakkan barang-barang guru yang dikategorikan kes berat, barulah tindakan seperti itu boleh diambil," katanya.

Hashim berkata kekeliruan mengenai jenis tindakan disiplin yang patut diambil timbul akibat tiadanya perincian dalam garis panduan Peraturan Pendidikan yang dikeluarkan empat tahun lepas berhubung tindakan yang sesuai yang perlu diambil terhadap pelajar.

"Saya bimbang (jika hukuman gantung dari sekolah ini dilaksanakan) ia akan menjadi trend dan ikutan di kalangan pelajar yang secara sengaja akan datang lembat ke sekolah agar mereka boleh digantung persekolahan," katanya.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan (yang pernah dijemput PIBG SMA MAIWP untuk menyampaikan cermahnya) berkata, sekiranya benar peraturan itu dilakukan ia sesuatu yang mendukacitakan kerana kes yang ringan dikenakan dengan hukuman yang berat yang tentunya tidak setimpal dan berlawanan dengan garis panduan yang dikeluarkan.

Perlawanan Persahabatan dengan SAM10

pada 28 jul.
melibatkan sukan badminton, bola tampar, takraw.

Nisfu Sya'ban

Warga Asrama Zelan turut menyambutnya secara ringkas pada 26 jul.

Homestay di KISAS

ucapan tetamu
Sesi taklimat awal.
Pesanan pengetua sebelum bertolak.

pada 26-30 jul. melibatkan 20 orang pelajar terpilih.

Seminar SPM

pada 25 jul di UM.

Program Penyembelihan & Aqiqah

saksi di hadapan ALLAH
crowd
tunjuk cara dari Pak Ya
'instruktur sambilan' sedang menunjuk cara
pada 24 jul.