Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Saturday, January 30, 2010

keputusan permohonan ke MRSM

Keputusan permohonan ke MRSM boleh disemak di laman web MARA mulai 1 feb ini.

Sunday, January 24, 2010

KAPC

Sebahagian guru dan pelajar telah mengikuti dengan jayanya Kursus Asas Pertolongan Cemas yang dikendalikan oleh pembantu perubatan dari PPUKM, En Zulkifli. Kursus sehari suntuk itu diadakan pada 23 jan bertempat di dewan MASOBA.
Difahamkan kesemua peserta berjaya lulus dengan cemerlang dalam ujian yang diadakan di akhir program. Tahniah!

Bakal Doktor Setan?

KUALA LUMPUR: Berpelajaran tinggi tapi tak mampu membuat pertimbangan wajar! Itulah sikap seorang pelajar jurusan perubatan yang baru pulang bercuti di tanah air apabila sanggup memukul bapa kandungnya sendiri selepas permintaannya untuk mendapatkan wang RM1 juta tidak dipenuhi.

Difahamkan, bapa berusia 50-an itu baru menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dan sedang berehat di rumahnya di Ampang di sini, manakala anaknya yang berusia 20-an yang kini menuntut di luar negara, pulang untuk bercuti sejak beberapa hari lalu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam Ahad lalu, mangsa sedang menonton televisyen seorang diri di rumah sebelum tiba-tiba anaknya yang baru pulang terus memukul badannya menggunakan besi.

Malah, dalam laporannya kepada pihak polis, mangsa turut mendakwa jari tangan kanannya dihiris dengan pisau oleh anaknya selain turut cedera di kaki.

Mahasiswa terbabit ‘menyeksa’ bapanya dalam usaha memaksa orang tuanya itu menyerahkan wang berkenaan.

Baca sepenuhnya di sini:
http://idhamlim.blogspot.com/2010/01/anak-setan.html

Friday, January 22, 2010

Majlis Kesyukuran PMR 2009

Sebagai tanda syukur di atas kejayaan dalam PMR 2009, pihak PIBG mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Kesyukuran pada 22 Jan ini (Jumaat). majlis akan bermula jam dengan solat maghrib dan dijangka berakhir jam 9.30 mlm dengan jamuan. Ibubapa pelajar ting 4 dijemput hadir.

Mesyuarat Agong PRS

21 Jan - PRS berjaya mengadakan mesyuarat agongnya pada 20 jan bertempat di bilik Badan Disiplin. Beberapa agenda telah dibincangkan, antaranya perlantikan ajk, yuran, aktiviti tahunan dsb. Mesyuarat telah memilih Wan Shahir sbg pengerusi yang baru.

* Carta orgz baru akan dimasukkan slps ini.

Penyampaian Watikah PRS

UBK mengambil kesempatan dari Perhimpunan Mingguan sekolah untuk menyampaikan surat watikah perlantikan kepada anggota PRS bagi tahun 2010. Mereka terdiri daripada kalangan lelaki dan perempuan serta melibatkan pelajar ting 2, 3, dan 4.

Sunday, January 17, 2010

Pelancaran Program Mentor Mentee

Program Mentor Mentee 2010 berjaya dilancarkan oleh Tuan Pengetua. Program yang akan diadakan pada setiap hari jumaat itu akan berlangsung sepanjang tahun. Antara objektif PMM secara ringkas ialah membantu mentee dari segi akademik dan sahsiah, menambahkan kefahaman islam, mengeratkan ukhuwwah, mengasah bakat kepimpinan.

Tuesday, January 12, 2010

Pembahagian Kelas Ting 4

Alhamdulillah, pembahagian kelas bagi pelajar ting 4 hampir selesai sepenuhnya. Walaupun sedikit lari dari perancangan asal, namun ia kelihatan lebih memberikan kepuasan dan kelegaan kepada banyak pihak. Pihak sekolah terikat dengan beberapa peraturan dan kaedah dalam menentukan pembahagian kelas.

Ceramah Pemilihan Aliran & Kerjaya

Alhamdulillah, ceramah Pemilihan Aliran dan Kerjaya seperti yang dimaklumkan sebelum ini berjalan lancar.

Pembelajaran Frog System?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kerajaan sedang mengkaji kaedah e-pembelajaran yang dinamakan "Frog System" yang diamalkan di beberapa sekolah di United Kingdom untuk dilaksanakan di Malaysia jika didapati bersesuaian.
Baca selengkapnya di sini

Sunday, January 10, 2010

Ting 4 Mula Kembali Ke Sekolah

Setelah bercuti panjang, maka pelajar sulung SMA kembali semula ke 'sarangnya'. Kelihatan sebahagian mereka berpusu-pusu mendaftar di Asrama Zelan. Selamat kembali berjuang!

Perpindahan Asrama

Dengan berakhirnya MUI bermakna berakhirlah penempatan sementara bagi pelajar ting 1 di Asrama Zelan. Pelajar putera telah selamat dipindahkan ke Asrama Belia Taman Melati, manakala perpindahan pelajar putri terpaksa ditangguhkan sementara atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Majlis Penutup MUI

Majlis Ukhuwwah Islamiah bagi pelajar ting 1 2010 selamat melabuhkan tirainya pada tengahari tadi. Majlis penutup disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Haji Mohd Shahidin bin Tinik.

Friday, January 8, 2010

Ceramah Pemilihan Aliran, Subjek dan Halatuju

Program yang dikhususkan untuk pelajar lepasan PMR ini akan diadakan pada 11 jan 2010, jam 8.30 pagi bertempat di Dewan MASOBA. Taklimat akan dikendalikan oleh Puan Mashitah dari sebuah sekolah berhampiran.

MUI 2010

Minggu Ukhuwwah Islamiah untuk pelajar baru tahun 2010 berlangsung secara sederhana. Walaupun begitu, Pengarah MUI, Ustaz Kashful Anuar kelihatan bertungkus lumus sejak akhir persekolahan tahun lepas lagi terutama bagi memastikan ia berjalan lancar.

Hari Pendaftaran Pelajar Baru

Ahlan wasahlan..Seramai 54 orang pelajar baru tingkatan satu 2010 telah mendaftar. Dijangkakan kekosongan yang ada akan diisi secepat mungkin.
Program hari Pendaftaran telah dirasmikan oleh TPO JAWI, Tuan Haji Zainal Abidin. Turut serta dalam majlis tersebut YDP PIBG, Tuan Haji Abdul Hayyi.

Tuesday, January 5, 2010

Pemilihan Subjek SPM

Ini sekadar contoh dan andaian**.

Kelas Aliran Sains 1:
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik*
4. Sejarah
5. Fizik
6. Kimia
7. Biologi
8. Matematik Tambahan*
9. Pendidikan Quran dan Sunnah
10. Pendidikan Syariah Islamiah
Mata pelajaran tambahan
1. Bahasa Arab* (Tinggi @ Komunikasi)

Kelas Aliran Sains 2:
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik*
4. Sejarah
5. Fizik
6. Kimia
7. Matematik Tambahan*
8. Pendidikan Quran dan Sunnah
9. Pendidikan Syariah Islamiah
Mata pelajaran tambahan
1. Bahasa Arab* (Tinggi @ Komunikasi)


Kelas Aliran Sastera (Perakaunan):
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sejarah

5. Pendidikan Quran dan Sunnah
6. Pendidikan Syariah Islamiah

7. Prinsip Perakaunan
8. Perdagangan
9. Matematik Tambahan
Mata pelajaran tambahan
1. Bahasa Arab* (Tinggi @ Komunikasi)


* *Ketetapan sebenar hanya akan dibuat oleh pihak sekolah pada minggu depan.

Penentuan dan ketetapan pemilihan subjek adalah tertakluk kepada kenyataan dan pekeliling berikut:
http://www.moe.gov.my/?id=162&pid=525&act=pekeliling&cat=1&info=2009
http://www.moe.gov.my/?id=26&aid=471

Penggredan baru SPM


Gred ini digunapakai bermula SPM 2009.

ruj:http://www.moe.gov.my/?id=162&pid=526&act=pekeliling&cat=1&info=2009

Silibus Subjek Tafsir Ting 4

  1. سورة النبأ
  2. النازعات
  3. عبس
  4. التكوير
  5. الانفطار
  6. المطففين
  7. الانشقاق
  8. البروج
  9. الطارق
  10. الشمس

Monday, January 4, 2010

Persekolahan bermula

Sesi persekolahan 2010 bermula hari ini. Keadaan di sekolah walaupun sekali sekala riuh rendah namun secara keseluruhannya kelihatan agak tenang. Yang pasti, suasana semakin ceria.

Friday, January 1, 2010

Penjelasan Maksud Aliran

Sedikit Penjelasan..

Maksud aliran sains ialah mrk akan mempelajari beberapa subjek sains tulin spt fizik, kimia dan biologi. Manakala aliran sastera pula ialah lebih kepada perdagangan, ekonomi dan perakaunan (takde pun subjek kesusasteraan!)
Kedua2 aliran ini dilandaskan di atas aliran utama iaitu agama (di mana semua akan tetap mengambil subjek2 agama dan thanawi).

Untuk mengetahui secara tepat subjek-subjek yang akan diambil, rujuk kepada guru-guru anda. Atau tunggu penjelasannya pada 10 hb Jan nanti.

Jika salah kenyataan ini, tolong perbetulkan.

Thursday, December 31, 2009

Halatuju Selepas PMR (lagi2 tajuk ni..)

Saya tidak pasti. Saya cuma beranggapan ramai pelajar lepasan PMR di dunia ini yang masih dalam dilema untuk menetukan ke mana hala tuju mereka selepas PMR. Mahu memilih aliran sains atau sastera? Teknik, vokasional atau perdagangan? Atau agama? Atau lain-lain (jika adalah).
Yang pasti, pemilihan tersebut akan banyak memberikan kesan kepada jalan-jalan yang akan mereka tempuh untuk mencapai cita-cita mereka. Setiap pelajar ada menyimpan hasrat dan cita-cita. Mahu jadi apa 7, 8 tahun akan datang. Menjadi seorang doktor perubatan atau jurutera, atau akauntan, ahli farmasi, arkitek, peguam dan sebagainya.
Tulisan ini sedang disiapkan berperingkat2...tunggu..

khas untuk pljr smawip ting 4 2010, sila buat undian di sebelah untuk bantu selesaikan kebuntuan pihak sekolah.

Apa Jenis Personaliti Diri Anda?

Ingin tahu jenis personaliti diri anda? Mungkin boleh mencubanya di sini: http://www.mypersonality.info/personality-types/

Temubual dengan Ustaz Syukri

Selaku Guru Pendidikan Islam (Ketua Panitia PI 2009, kini mantan), Ustaz Syukri adalah antara tenaga penting yang menggerakkan usaha ke arah kemerlangan subjek PI. Di celah-celah kesibukan, beliau masih sempat untuk menjawab beberapa soalan yang dikemukakan. Berikut adalah saripati temubual ringkas yang dilakukan oleh pihak Pengendali Blog UBK dengan beliau.

Assalamualaikum. Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kerana sudi menemuramah saya.Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala kerana dengan perkenanNya SMAMAIWP berjaya mencipta nama dan menempa kecemerlangan akademiknya iaitu 100% lulus dalam semua subjek dan syukur juga kerana subjek Pendidikan Islam mencatat rekod tangga yang pertama dalam keseluruhan subjek. Alhamdulillah sekali lagi.

Saya tidak lupa mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada MAIWP, PIBG SMAMAIWP dan seluruh warganya yang telah banyak berkorban demi memastikan kemerlangan ini menepati apa yang dirancang, terutama kepada alfadhil Tuan Haji Shahidin selaku Pengetua, Ustaz Tarmizi, Ustaz Kasful Anuar, Ustaz Hafiz, Ustaz Wan, Ustaz Taufiq, Ustazah Halimatun, Ustazah Madihah dan lain-lain yang terlibat secara langsung dalam membentuk kecemerlangan ini. Tanpa kerjasama dari semua pihak, semua ini tidak akan tercapai. Pencapaian ini adalah hasil muafakat semua guru yang sentiasa bersungguh-sungguh bersaing dalam mencapai target yang ditetapkan. Pencapaian ini sebenarnya tidak diduga oleh saya selaku Ketua Panitia PI. Pada jangkaan saya, sekitar 80 % sahaja yang akan mendapat A. Tetapi alhamdulillah, 165 (95.9%) pelajar mendapat A dan 7(4.1%) pelajar mendapat B. Kecemerlangan ini dicapai disebabkan kecekalan dan ketabahan pelajar dalam menuntut ilmu di samping minat mereka terhadap subjek ini.

Pada pendapat saya selaku seorang guru, perlu ada toleransi sewaktu mengajar di dalam kelas. Guru perlu menanamkan rasa minat pelajar kepada subjek yang diajar dan lebihkan praktikal di dalam kelas. Ini terbukti dari pemerhatian saya selama saya mengajar, saya lebih bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara kepada pelajar, Seperti subjek KHB, mereka suka membuat kerja pertukangan kayu mereka sendiri. Guru subjek ini tidak pernah menceritakan cara bertukang, malah mereka sendiri yang berusaha sehingga menjadi apa yang ditukangkan. Ini bermakna praktikal lebih berkesan dari tutorial yang mengarah kepada komunikasi sehala. Ini yang saya dan rakan guru yang lain lakukan. Satu lagi cara yang saya rasa sangat berkesan ialah memberi kefahaman kepada pelajar sebelum mengajar ataupun memberi latihan tajuk yang akan diajar. Contohnya, minggu depan pelajar akan belajar tajuk wuduk. Pelajar mesti menyiapkan latihan tajuk tersebut sebelum guru mengajar. Ini bererti pelajar sudah mendapat 50% kefahaman sebelum belajar dan selebihnya mereka akan dapat semasa sesi pembelajaran. Selebihnya tertakluk pada guru tersebut dengan melakukan amalan-amalan yang murni serta sering berdoa kepada Allah, memohon agar pelajarnya mendapat kecemerlangan. Alhamdulillah, doa dimakbulkan.

Berkaitan dengan perancangan kami pada tahun hadapan, kami berharap agar apa yang telah dilaksanakan akan terus dipertingkatkan lagi. Kami selaku tenaga pengajar akan terus yakin dan komited terhadap apa yang kami lakukan. Harapan saya semoga SMAMAIWP akan terus menempa kejayaan dan maju dalam membina generasi yang cintakan Islam dan rindukan Iman. Akhirnya, saya memohon ribuan ampun dan maaf dari semua andai ada yang tersinggung hati dan perasaan.

Sunday, December 27, 2009

Tawaran ke SMT

KPM telah membuka tawaran kemasukan ke sekolah men teknik. Tarikh tutup permohonan ialah pada 4 jan 2010. Kepada yang berminat bolehlah ke talian berikut:
http://apps.emoe.gov.my/esptv/sptv2009/index.cfm