Semua jenis peperiksaan sudah dilepasi. Kini buku sudah tidak disentuh lagi. Yang sibuk sekarang ialah cikgu, ustaz. Sibuk menanda kertas. Bagi pelajar yang bijaksana mereka akan manfaatkannya untuk terus menambahkan ilmu dan kemahiran. Banyak masa terluang di sekolah dan asrama. Jangan bazirkan. Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja. Sepatutnya sebelum exam sudah ada plan, apa yang nak dibuat selepas exam. Kalau fikir, pasti banyak benda yang boleh atau perlu dibuat. Contohnya menghafal surah2 tertentu, formula, matan dsb. Banyak. Walaupun mungkin banyak juga prgram sekolah yang diaturkan, tapi adakah semuanya dapat dimanfaatkan semaksimumnya...