Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Sunday, September 27, 2009

Permohonan ke SM Teknik dibuka

Makluman:
Permohonan untuk ke Sek. Men. Teknik bagi tahun 2010 akan dibuka secara online bermula 30 sept 2009. Terdapat 3 aliran iaitu teknikal, vokasional dan kemahiran. Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 januari 2010.
Keterangan lanjut dan permohonan, sila ke www.moe.gov.my

Sunday, September 20, 2009

Eid Mubarak

UBK dan PRS mengucapkan
Salam Eidul Fitr
Maaf zahir dan batin.
من العائدين والفائزين والمقبولين
كل عام وانتم بخير

Thursday, September 17, 2009

Destinasi Selepas PMR

Ke mana anda (khususnya pelajar ting 3 sekarang) selepas PMR? Sila undi di sebelah dan berikan komen di sini. Undian dan komen yang jujur amat dihargai.

Wednesday, September 16, 2009

Makluman Tawaran Kemasukan Ke Sekolah2 Terpilih

Sekolah Berasrama Penuh Ting. 4.
Tarikh tutup permohonan: 15 Oktober 2009
http://apps.emoe.gov.my/sst4online2007/2009/


MRSM
Tarikh tutup permohonan: 25 okt 2009.
http://www.mara.gov.my/masuk_mrsm


Maktab Tentera DiRaja (MTD)
Tarikh tutup permohonan: 25 Sept 2009.
http://www.rmc.edu.my/mtd/index.php?option=content&task=view&id=10&Itemid=

SMT - update
Dibuka secara online bermula 30 sept 2009.
Tarikh tutup permohonan pada 4 januari 2010.
Permohonan dan keterangan lanjut sila ke www.moe.gov.my

Lain-lain sekolah Ternama/Tersohor/Berjasa
spt SAMBES (Jais Sgor), Ma'had Tahfiz, Ma'had Muhammadi (Yik Klntn), dan byk lagi...
perlu hubungi pihak berkenaan sendiri.

Kemusykilan Agama

Beberapa hari yang lepas, persoalan ini dikemukakan:
1. apa hukum korek telinga dan hidung bg yg berpuasa?
2. apa itu syiah? cerita sikit.
3. boleh ke baca sendiri/faham sendiri tafsir al-Quran?
4. hukum lelaki cukur bulu betis?, puan?
5. dll

Lailatul Qadr

FIRMAN ALLAH:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Surah al-Qadr/97.

SABDA NABI S.A.W :
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
bukhari no 1878
Carilah Lailatul al-Qadr pd malam ganjil sepuluh hari terakhir bulan Ramadan

Tuesday, September 15, 2009

Doa Nabi SAW

Nabi berdoa dalam keadaan duduk setelah selesai solat witir:

Antara sebahagiannya...


اللَّهُمَّ اجْعَلْ لِي نُورًا فِي قَلْبِي وَنُورًا فِي قَبْرِي وَنُورًا مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَنُورًا مِنْ خَلْفِي وَنُورًا عَنْ يَمِينِي وَنُورًا عَنْ شِمَالِي وَنُورًا مِنْ فَوْقِي وَنُورًا مِنْ تَحْتِي وَنُورًا فِي سَمْعِي وَنُورًا فِي بَصَرِي وَنُورًا فِي شَعْرِي وَنُورًا فِي بَشَرِي وَنُورًا فِي لَحْمِي وَنُورًا فِي دَمِي وَنُورًا فِي عِظَامِي اللَّهُمَّ أَعْظِمْ لِي نُورًا وَأَعْطِنِي نُورًا وَاجْعَلْ لِي نُورًا سُبْحَانَ الَّذِي تَعَطَّفَ الْعِزَّ وَقَالَ بِهِ سُبْحَانَ الَّذِي لَبِسَ الْمَجْدَ وَتَكَرَّمَ بِهِ سُبْحَانَ الَّذِي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ إِلَّا لَهُ سُبْحَانَ ذِي الْفَضْلِ وَالنِّعَمِ سُبْحَانَ ذِي الْمَجْدِ وَالْكَرَمِ سُبْحَانَ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Kitab Tahajjud dan Qiamullail, Ibnu Abi ad-Dunya, no 44.

Monday, September 7, 2009

Kaedah Hafaz Al-Quran

Mendukacitakan! Saya dapati masih ramai pelajar kita yang gagal memperdengarkan (tasmi') hafalan ayat-ayat al-Quran pada masa yang ditetapkan. Setiap semester berulang masalah ini. Berbagai alasan diberikan. Alasan yang tak logik pun ada. Saya juga ada alasan untuk mengatakan bahawa alasan-alasan itu kebanyakannya tak boleh diterima (mungkin saya tulis hal ni lain kali). 'Ala kulli hal, di sini saya perturunkan sebahagian kaedah menghafal al-Quran yang saya petik dari Dr Hamad bin Nasir al-'Imar. Antaranya:
1. Ikhlas.
2. Tashih (memperbetulkan) sebutan dan bacaan.
3. Menetapkan kadar bacaan setiap hari.
4. Tidak melangkah bacaan/ayat lain sehinggalah hafalan sebelumnya dah elok/tamam.
5. Menggunakan jenis resam/tulisan al-Quran yg sama (jangan berubah-ubah).
6. Memahami ayat yang dibaca.
7. Tidak membaca surah lain sehinggalah dihubungkan awal dan akhirnya.
8. Sentiasa tasmi'.
9. Sentiasa mutaba'ah (follow up)
10. Mempedulikan/cakna dengan ayat-ayat yang seakan sama.
11. Faktor umur (merebut/menggunakan peluang sewaktu umur masih muda).

Saturday, September 5, 2009

Program ERTI

3 Sept - Pihak guru berjaya mengadakan program tersebut khusus untuk pelajar tingkatan 3 yg akan menduduki PMR. Beberapa mantan guru sma turut terlibat.