Mendukacitakan! Saya dapati masih ramai pelajar kita yang gagal memperdengarkan (tasmi') hafalan ayat-ayat al-Quran pada masa yang ditetapkan. Setiap semester berulang masalah ini. Berbagai alasan diberikan. Alasan yang tak logik pun ada. Saya juga ada alasan untuk mengatakan bahawa alasan-alasan itu kebanyakannya tak boleh diterima (mungkin saya tulis hal ni lain kali). 'Ala kulli hal, di sini saya perturunkan sebahagian kaedah menghafal al-Quran yang saya petik dari Dr Hamad bin Nasir al-'Imar. Antaranya:
1. Ikhlas.2. Tashih (memperbetulkan) sebutan dan bacaan.
3. Menetapkan kadar bacaan setiap hari.
4. Tidak melangkah bacaan/ayat lain sehinggalah hafalan sebelumnya dah elok/tamam.
5. Menggunakan jenis resam/tulisan al-Quran yg sama (jangan berubah-ubah).
6. Memahami ayat yang dibaca.
7. Tidak membaca surah lain sehinggalah dihubungkan awal dan akhirnya.
8. Sentiasa tasmi'.
9. Sentiasa mutaba'ah (follow up)
10. Mempedulikan/cakna dengan ayat-ayat yang seakan sama.
11. Faktor umur (merebut/menggunakan peluang sewaktu umur masih muda).
No comments:
Post a Comment