Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2. Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.
Saturday, June 25, 2011
Sambutan Hari Guru 2011
Hari Guru jatuh pada 16 mei setiap tahun. Namun bagi SMA MAIWP, ia terpaksa disambut pada 17 jun 2011. Diadakan secara sederhana bertempat di Dewan Masjid MASOBA.
Menjadikan SMA MAIWP sebagai sebuat Institusi Pendidikan yang unggul dan cemerlang beraspirasikan Islam Hadhari dalam bidang akademik, kokurikulum, kepimpinan dan syakhsiah selaras dengan pendidikan Negara.
MISI SMA MAIWP
SMA MAIWP berusaha memberi pendidikan cemerlang, terbaik dan berkesan dengan :-
1- Memberi pendidikan agama kepada semua pelajar Islam di Wilayah Persekutuan.
2- Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran berasaskan sistem pendidikan Negara.
3- Menyedia pasarana belajar yang kondusif, ceria, indah dan selamat.
4- Melahirkan pelajar yang berilmu, bertaqwa, berketerampilan dan berakhlak cemerlang bagi menjana refomasi pendidikan yang berkesan dan mapan ke arah melahirkan ahli agama, ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi agama, bangsa dan Negara.
OBJEKTIF SMA MAIWP
1-Memberi peluang lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) menyambung pelajaran di peringkat menengah. 2-Menampung permintaan masyarakat islam yang berminat menghantar anak-anak yang keputusan cemerlang dalam UPSR ke sekolah aliran agama. 3-Menampung tempat permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
No comments:
Post a Comment