Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Monday, August 31, 2009

Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Tanah Melayu.
Merdekakah kita?

25 Pesanan Luqmanul Hakim

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 - Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

dipetik dr http://umarfarouq.blogspot.com/2009/07/25-pesanan-luqmanul-hakim.html

Pengurusan STRESS

Stress ialah reaksi fizikal,mental terhadap semua permasalahan atau cabaran dalam hidup kita. Terpulang kepada kita dalam menguruskan dan reaksi terhadapnya. Apakah puca-puncanya?

1. Sifat semula jadi
  • Terlampau teliti
    Suka mendesak dan tidak sabar
    Jenis perisau terhadap
    sesuatu
    Suka cari gaduh
    Mudah buruk sangka
    Tidak mudah
    senyum
    Terlalu serius
2. Tempat kerja
  • Perubahan kepada suasana baru yang mendadak
    Hubungan dengan rakan kerja @ pelanggan
3. Kerja
  • Bebanan kerja yang banyak atau terlalu kurang
    Kerja yang benyak memerlukan membuat keputusan
    Kerja yang mempunyai dateline
    Kerja yang membosankan
    Kerja yang statik dan terbatas
4. Hubungan kemanusiaan
  • Orang atasan yang menekan
    Karenah anak-anak
    Orang ramai
    Perangai pasangan
    Masalah @ konflik rumahtangga
    Persatuan @ kelab
5. Punca dalaman
  • Pegangan @ prinsip hidup yang negatif
    Harapan kendiri yang tinggi
    Imej diri yang negatif
    Ingkar perintah Tuhan
    Hati yang kotor

    Stress @ tidak terpulang kepada kita, pilihlah untuk dapat mengurus stress dengan sempurna, InsyaAllah.

Symptom / tanda-tanda stress dalam hidup

1. Reaksi dari segi perasaan

  • Mudah kecewa
    Rasa hampa
    Mudah marah
    Agressif
    Mood berubah-ubah
    Gangguan proses pemikiran/mengingat
    Sukar untuk menyelesaikan masalah
    Kurang kreatif/idea jumud
    Pelupa
    Sakit-sakit fizikal
    Berubah perlakuan dari sebelumnya

    Stress atau tidak adalah terpulang kepada kita, jadi uruslah dengan sempurna. Bayangkan, fikir-fikirkan, timbang-timbangkan.
    Kesan positif stress ini dapat merangsang kita untuk bertindak mengikut rentak stress.

Strategi menangani STRESS?

1. Cuba seimbangkan hidup kita

  • Kaji semula situasi punca-puca stress satu persatu
    Cuba bentuk kemahiran untuk mengurus diri
    Muhasabah diri sentiasa

2. Cuba perkemaskan kaedah mengurus emosi diri

  • Lakukan EQ (emotional question)
    Fahami situasi penyebab emosi terangsang
    Kenalpasti reaksi emosi kita terhadap sesuatu tekanan
    Bentuk kebolehan untuk kawal emosi
    Banyakkan berdoa untuk menguatkan ketahanan diri
    Lepaskan emosi secara terkawal
    Tidak memendam masalah
    Urus komunikasi secara berkesan
    Jauhi punca-punca penyebab kita negatiif
    Banyakkan memberi, insyaallah kita akan banyak menerima
    Jangan terlalu risau

3. Bentuk ketahanan fizikal

  • Jaga pemakanan
    Sentiasa berpantang perkara yang merosakkan diri
    Tidak merokok
    Kawal berat badan
    Bersenam
    Rehat dengan sempurna
    Seimbangkan hidup
    Rancang cuti anda

4. Kaji semula prinsip/pegangan hidup kita

  • Lakukan perancangan dengan teliti
    Serahkan/bertawakkal kepada Allah
    Jangan terlalu risau-95% kerisauan manusia sebenarnya tidak berlaku

5. Teknik-teknik mengatasi stress-SPOT STRATEGIES

  • Ambil wudhu’ dan baca Quran
    Lakukan regangan badan/senaman
    Kawal pemakanan/diet pemakanan-Kurangkan makan daging merah,jangan makan makanan berkandungan bahan pengawet
    Buat urutan pada tubuh badan
    Mandi air suam
    Ceritakan kepada orang yabg berwibawa,munasabah,dipercayai
    Lihat kepada makhluk Tuhan-ikan,pokok dan lain-lain
    Luahkan stress: menangis,tidur,rehatkan
    Relakskan fizikal:berzikir
    Elakkan berada ditempat gelap/ tidak bercahaya
    Melegakan perasaan dengan bercakap, menyanyi, lihat perkara ketenangan
    Mendengar rakaman motivasi/ceramah berulang kali
    Minum air banyak-banyak
    Dengar muzik yang tenang
    Beruzlah/bersendirian untuk menenangkan diri
    Ambil wudhu’ dan solat hajat
    Senyum untuk merelakskan diri
    Memaafkan semua orang/individu
    Letakkan/simpan/lihat gambar yang dibenarkan oleh syarak
    Gunakan aroma terapi untuk seimbangkan emosi: minyak wangi,mandian,ramuan herba.
    Memilih/menggunakan warna tertentu dalam hidup, jangan lebih 3 warna pada pemakaian diri: Tenang( hijau), Berjaya(emas,ungu),Ceria(kuning),kemas(kelabu)
  • dipetik dr blog blog teman yang dipetiknya dr kuliah motivasi dr fadzilah kamsah

Friday, August 28, 2009

Kelebihan Ramadhan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُبَشِّرُ أَصْحَابَهُ قَدْ جَاءَكُمْ شَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرٌ مُبَارَكٌ افْتَرَضَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ يُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ الشَّيَاطِينُ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ
Musnad Ahmad, 8631

Puasa yang tak ikut piawai

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ
Musnad Imam Ahmad, no 9308.
Sabda nabi saw: Berapa ramai orang yang berpuasa tiada baginya puasa melainkan hanya lapar.
Maksudnya: Ramai org yg puasa tapi tak dpt apapun. Yg dapat cuma lapar je. Kenapa? Kerana puasanya hanya setakat tinggalkan makan minum tapi masih buat benda2 lain yg dilarang Allah. cthnya mengumpat. tak penuhi matlamat sebenar puasa.

Monday, August 24, 2009

Ramadhan: Kategori Orang Yang Berpuasa

Sebhg ulama' bahagikannya kpd 3:
1.الدرجة الأولى :صيام العوام وهو الصيام عن المفطرات.
Puasa orang awam.
2. الدرجة الثانية:صيام الخصوص وهو الصيام عن المفطرات,والمخالفات التي عن طريق الجوارح,فيصوم السمع والبصر والبطن و اليد والقدم واللسان..
Puasa Khusus.
3. الدرجة الثالثة:صوم خصوص الخصوص وهو الصيام عن الأشياء السابقة إضافة إلى صوم القلب عن كل دنيء,وعما يشغل عن الله.
Puasa Khusus al Khusus

KITA DAN AURAT

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

Sekian Terima Kasih

sumber: emel kawan dr kawan dr kawan...
ثبت في الصحيحين عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه و سلم قال :
" كل عمل ابن آدم له الحسنة بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف قال عز و جل : إلا الصيام فإنه لي و أنا الذي أجزي به إنه ترك شهوته و طعامه و شرابه من أجلي للصائم فرحتان : فرحة عند فطره و فرحة عند لقاء ربه و لخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك "
Thabit dalam 2 kitab sahih (Bukhari & Muslim) dr Abi Hurairah ra dr Nabi saw, sabda baginda: Setiap amal anak Adam baginya satu hasanah dengan 10 kali ganda hingga 700 x. Firman Allah, melainkan puasa, ia bagiKu dan Aku akan membalasnya. Sesungguhnya ia tinggalkan keinginan syahwat, makan dan minumnya keranaKu. Bagi org yg berpuasa ada 2 kegembiraan; satu ketika berbuka dan satu lagi ketika bertemu Tuhannya, dan pasti bau nafas yg keluar dr muluit org yg berpuasa itu lebih baik/harum dr bauan wangian kasturi.

Antara Akhlak Ramadhan/Puasa

قال النبي صلى الله عليه و سلم : " من لم يدع قول الزور و العمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه و شرابه " خرجه البخاري.
ٍSabda Nabi s.a.w: Sesiapa yang tidak meninggalkan kata2 dusta dan masih melakukannya maka tiadalah keperluan bagi Allah untuk orang itu meninggalkan makan dan minumnya (maknanya tak payah puasa pu tak pe. Puasa kena betul2)

وقال عليه الصلاة والسلام :"الصيام جنة,فإذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث ولا يصخب,فإن سابه أحد ,أو قاتله فليقل إني صائم".
dan sabdanya: Puasa itu perisai, jika berpuasa seseorang kamui maka janganlah dia yarfus dan yaskhob. Jika seseorang mencacinya atau memeranginya (mengasari) maka hendaklah dia berkata " sesungguhnya aku berpuasa".

قال بعض السلف : أهون الصيام ترك الشراب و الطعام,
Kata sebahagian salaf: Puasa yang paling mudah (koman?) ialah meninggalkan makan dan minum

و قال جابر-رضي الله عنه- :" إذا صمت فليصم سمعك و بصرك و لسانك عن الكذب و المحارم و دع أذى الجار و ليكن عليك وقار و سكينة يوم صومك و لا تجعل يوم صومك و يوم فطرك سواء
Kata Jabi r.a : Jika engkau berpuasa hendklah berpuasa sama telingamu, matamu, lisanmu dr dusta dan perkara2 yg haram, tinggalkan sakiti jiran, hendklah engkau wiqar dan tenang pd hari puasamu, dan jangan jadikan hari puasa dengan hari tak puasa sama je.

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan: Doa yang dianjurkan Nabi s.a.w

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِي
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Daripada Aisyah r.a, aku berkata kepada Rasulullah s.a.w., Ya Rasulallah, apa pandanganmu jika aku mengetahui malam lailatul qadar? Apa yang aku patut ucapkan? Jawab Nabi s.a.w :
Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Engkau menyukai kemaafan, maka maafkanlah daku".
Sunan atTarmizi, no 3435

Insafi Diri

Allah Maha Adil. Kita yang sempurna ini sewajibnya menggunakan kurniaan Ilahi untuk memperjuangkan agamaNya dengan penuh kesungguhan (contohnya, belajar dengan bersungguh-sungguh)
Sumber: emel dr rakan dr rakannya dr rakannya...

Wahai Muslimah! Labuhkan Pakaianmu..

Dipetik dari http://groups.yahoo.com/group/Taman2Syurga/

Rahsia Pelajar Cemerlang 1

Rahsia 1 :Matlamat atau Sasaran

Pelajar berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas.Mereka tahu apa tujuan mereka belajar. Mereka tahu berapa ‘A’ yang mereka mahukan atau berapa peratus markah yang mereka mahukan. Mereka juga jelas tentang pengkhususan atau bidang yang ingin diceburi di universiti, mahupun kerjaya yang bagaimana bakal ditempuh dan sebgainya. Bagi seorang pelajar Muslim, penetapan matlamat dan sasaran adalah sangat penting. Namun matlamat dan sasaran yanag ingin ditetapkan, adalah berlandaskan kepada petunjuk dan panduan yang telah digariskan oleh Islam. Sebagaimana dinukilkan dalam hadith Nabi (SAW),

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” [ Riwayat Al Bazzar]

Berdasarkan hadith tersebut, dapat dilihat bahawa Rasulullah telah menetapkan agar kita ummatnya, dalam agenda menuntut ilmu harus menetapkan matlamat yang jelas. Antara matlamat yang digariskan adalah untuk menjadi orang yang berilmu (memiliki ilmu), atau menjadi penuntut ilmu atau orang yang sentiasa mendengar pengajian ilmu atau akhirnya menjadi orang yang sekurang-kurangnya mncintai ilmu. Perlu difahami di sini, sebagai pelajar Muslim,matlamat menuntut ilmu adalah untuk memenuhi suruhan dan tuntutan agama agar setiap ummatnya menjadi manusia berilmu.Apabila matlamat ini telah jelas difahami dan dihayati, insyaAllah matlamat-matlamat yang lainnya akan menyusul dan mudah di kecapi.

Pelajar cemerlang sentiasa tahu matlamat hidupnya. Mereka dapat gambarkan dengan jelas siapa mereka di penghujung kehidupan nanti. Stephen Covey dalam bukunya ‘ The 7 Habits‘ ada menegaskan kepentingan memulakan kehidupan dari belakang. Maksudnya, kita menggambarkan kesudahan atau penghujung kepada kehidupan ini dan menetapkan apa yang ingin dikecapi. Bermula dari titik penghujung itu, kita bergerak sedikit demi sedikit merangka langkah-langkah atau usaha-usaha yang akan membantu untuk mereliasasikan hajat dan cita-cita di penghujungnya itu. Apakah yang dapat kita sumbangkan kepada ummat Islam seluruhnya, kepada negara tercinta, kepada masayarakat setempat, kepada sanak saudara dan kenalan, dan sebgainya. Kalau anda tahu anda mahu mengakhiri kehidupan ini dengan kejayaan, maka kejayaan yang bagaimana inigin anda kecapai. Tidak cukup dengan hanya menyatakan ‘aku ingin berjaya’, tetapi anda perlu perincikan lagi dengan jelas matlamat yang ingin dicapai.

Setelah tahu matlamat anda, maka rangkalah sasaran anda dalam pelajaran.Sasaran yang ingin ditetapkan haruslah realistik dan optimistik. Dengan erti kata yang lain, sasaran yang ditetapkan adalah tinggi tapi masih dalam lingkungan yang dapat dikecapi. Namun, dalam penatapan sasaran, jangan terlalu fikirkan sangat sama ada ianya berjaya dicapai atau tidak, sebaliknya fikirkanlah adakah anda benar-benar mahukannya. Sebab sekiranya anda mahukannya, maka dan sepastinya sentiasa akan ada jalan untuk mengusahakannya. Kemahuan yang meluap dan membara sentiasa memberikan anda tenaga tambahan dalam berusaha. Teruskan berusaha dan bertawakal kepadaNya, nescaya akan dimudahkan segala urusan pembelajaran kita.

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. [At-Talaaq:2- 3]

Kesimpulannya:

  1. Sebagai pelajar cemerlang, penetapan matlamat amat penting dalam memandu halatuju pembelajaran seharian.
  2. Sebagai pelajar Muslim, penetapan matlamat haruslah selari dengan tuntutan agama dan syariat.
  3. Matlamat yang ditetapkan harus disusuli dengan penetapan sasaran yang akan menjurus kepada terlaksananya matlamat.
  4. Akhirnya, tawakal kepada Allah setelah berusaha membawa kepada kemudahan urusan pembelajaran (dibukakan segala peluang dari sumber yang tidak diketahui)
Dipetik dari buku 13 Rahsia Pelajar Cemerlang, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohammad (Motivasi Alihan Pelajar).

Puasa

1 Ramadhan/22 Ogos - Hari ini, seluruh ummat Islam di Malaysia mula berpuasa ramadhan.

Cuti Sekolah

21 Ogos - Kebanyakan sekolah di seluruh negara mulai bercuti hari ini. Beberapa negeri telah bercuti sehari sebelumnya.
-
Pesanan:
1. Jangan lupa ulangkaji pelajaran.
2. Bantu keluarga/ringan tulang.

Program Khas 3 Salam

21 Ogos - Alhamdulillah, pihak sekolah berjaya mengadakan program khas untuk para pelajar 3 Salam bertempat di Dewan MASOBA. Program yang dinamakan Gilap Mutiara itu bertujuan untuk mengetuk pintu hati para pelajar berkenaan supaya sedar keberadaan mereka di SMA MAIWP. Ia dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru SMA.

Monday, August 17, 2009

Makanan yang membina otak

1. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran (kalau boleh yang segar)
2. Pastikan anda mendapat protein yang cukup contohnya telur, ikan, daging dan ayam (yang duduk di asrama tak jadi masalah)
3. Makan makanan yang diperbuat daripada kacang soya seperti tauhu, air soya dan tempe kerana kajian menunjukkan ia mempunyai pytoenzime yang membina otak.
4. Amalkan memakan ulam-ulaman kerana ia kaya dengan khasiat. Pegaga contohnya didapati boleh merangsang otak serta daya ingatan.
5. Vitamin yang mencukupi. Makan sebutir multi vitamin sehari. Kajian menunjukkan pelajar yang makan sebutir vitamin setiap hari, 2 kali ganda lebih cekap daripada pelajar yang tidak memakannya.
6. Amalkan minum air yang dimasak atau air bersih yang disuling (ada yang kata tak bagus air suling). Mulakan setiap hari dengan meminum satu gelas besar air masak selepas subuh untuk membersihkan sistem dalaman anda.
.
Sumber: Rahsia Kecemerlangan Peperiksaan, Dr. Abdul Aziz azimullah, h.2

Saturday, August 15, 2009

Objektif UBK

akan dimasukkan kemudian.

Jumpa Mereka ini

JIka anda mempunyai masalah, ingin berkongsi masalah, rakan ada masalah dsb, jumpalah mereka ini:
1. Ustz Mastura
2. Ust Wan

Juga rakan sebaya anda (PRS):
1.
2.
.
.
19.
20.

Matlamat Belajar

Apa matlamat anda?

Salam Permulaan

Assalamualaikum wrm wbt.
Telah sekian lama saya bercadang untuk membangunkan wadah di alam maya untuk UBK tetapi disebabkan kekangan masa dsb maka ia hanya tinggal impian. Namun setelah melepaskan blog smamaiwp dan pibgsmamaiwp, saya cuba untuk menumpukannya ke sini. Mudah-mudahan Allah berikan kekuatan untuk ini.