Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2. Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.
PERANAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) boleh membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. PRS ini merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah atau hal yang mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi. Di tiap-tiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima dan membina perhubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja ini. Oleh itu, dengan latihan dan asuhan yang sesuai, Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah diwujudkan di sekolah. Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan PRS ialah Kaunselor Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang Angkat atau Kelompok Sebaya Sokongan. Tugas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
1. Merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk mereka kepada guru bimbingan dan kaunseling. 2. Menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan rakan sebaya dan memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis. 3. Memberi penjelasan mengenai bahaya penggunaan dadah, arak, merokok, hubungan jantina, dan pencabulan kehormatan. Mrujuk, jika perlu, kepada guru bimbingan dan kaunseling dengan persetujuan mereka. 4. Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik melalui sistem mentor atau tutor sebaya. 5. Membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok. 6. Membantu dalam memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya. 7. Membantu dalam melatih kumpulan sebaya untuk persediaan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya yang baru. 8. Membantu dalam aktiviti orientasi pelajar baru, mengelolakan unit bimbingan sekolah, perpustakaan bimbingan, papan kenyataan bimbingan dan aktiviti lain yang ada kaitan dengan bimbingan kerjaya, sosial dan isu-isu remaja. 9. Menjadi penggerak kepada ahli-ahli unit untuk melaksanakan aktiviti sekolah
Menjadikan SMA MAIWP sebagai sebuat Institusi Pendidikan yang unggul dan cemerlang beraspirasikan Islam Hadhari dalam bidang akademik, kokurikulum, kepimpinan dan syakhsiah selaras dengan pendidikan Negara.
MISI SMA MAIWP
SMA MAIWP berusaha memberi pendidikan cemerlang, terbaik dan berkesan dengan :-
1- Memberi pendidikan agama kepada semua pelajar Islam di Wilayah Persekutuan.
2- Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran berasaskan sistem pendidikan Negara.
3- Menyedia pasarana belajar yang kondusif, ceria, indah dan selamat.
4- Melahirkan pelajar yang berilmu, bertaqwa, berketerampilan dan berakhlak cemerlang bagi menjana refomasi pendidikan yang berkesan dan mapan ke arah melahirkan ahli agama, ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi agama, bangsa dan Negara.
OBJEKTIF SMA MAIWP
1-Memberi peluang lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) menyambung pelajaran di peringkat menengah. 2-Menampung permintaan masyarakat islam yang berminat menghantar anak-anak yang keputusan cemerlang dalam UPSR ke sekolah aliran agama. 3-Menampung tempat permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
PERANAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
ReplyDeletePembimbing Rakan Sebaya (PRS) boleh membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. PRS ini merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah atau hal yang mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi. Di tiap-tiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima dan membina perhubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja ini. Oleh itu, dengan latihan dan asuhan yang sesuai, Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah diwujudkan di sekolah. Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan PRS ialah Kaunselor Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang Angkat atau Kelompok Sebaya Sokongan.
Tugas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
1. Merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk mereka kepada guru bimbingan dan kaunseling.
2. Menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan rakan sebaya dan memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis.
3. Memberi penjelasan mengenai bahaya penggunaan dadah, arak, merokok, hubungan jantina, dan pencabulan kehormatan. Mrujuk, jika perlu, kepada guru bimbingan dan kaunseling dengan persetujuan mereka.
4. Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik melalui sistem mentor atau tutor sebaya.
5. Membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok.
6. Membantu dalam memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya.
7. Membantu dalam melatih kumpulan sebaya untuk persediaan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya yang baru.
8. Membantu dalam aktiviti orientasi pelajar baru, mengelolakan unit bimbingan sekolah, perpustakaan bimbingan, papan kenyataan bimbingan dan aktiviti lain yang ada kaitan dengan bimbingan kerjaya, sosial dan isu-isu remaja.
9. Menjadi penggerak kepada ahli-ahli unit untuk melaksanakan aktiviti sekolah