Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Friday, January 8, 2010

Hari Pendaftaran Pelajar Baru

Ahlan wasahlan..Seramai 54 orang pelajar baru tingkatan satu 2010 telah mendaftar. Dijangkakan kekosongan yang ada akan diisi secepat mungkin.
Program hari Pendaftaran telah dirasmikan oleh TPO JAWI, Tuan Haji Zainal Abidin. Turut serta dalam majlis tersebut YDP PIBG, Tuan Haji Abdul Hayyi.

4 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Tahniah dan terima kasih diatas kelicinan proses pendaftaran pelajar baru tingkatan 1. Harap tidak tersinggung sekiranya kami rasai majlis sedikit kekurangan tanpa taklimat/penerangan kepada ibu bapa. Kami tetap bersyukur anak kami dapat menjadi pelajar di SMA MAIWP. Kami amanahkan anak kami itu kepada warga SMA MAIWP untuk mendidiknya.
    M. Ritzaudeen M.Tahir
    (Bapa Muhd Harith, 1 Firdaus)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pandangan yg diberikan. Kami amat mengalu-alukan sebarang komen, cdgn dsb. JIka segan, boleh juga gunakan saluran PIBG.

    ReplyDelete
  3. Salam
    Hanya 54 pelajar untuk sesi 2010 ? Berapa jumlah pengambilan sebenar ? Ini kerana ada ibubapa yang bertanya samada permohonan untuk masuk sekolah ini masih dibuka? Harap dapat jawapan

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Pengambilan kedua akan dibuat. Senarai simpanan akan dipanggil segera. Kapasiti hanya 80 orang lebih. Untuk penjelasan lanjut dan tepat berkaitan pengambilan, hubungi pihak pentadbiran sekolah.
    b/p Pengelola Blog

    ReplyDelete