Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Wednesday, July 28, 2010

'Gantung pelajar kerana lewat munasabah atau tidak?

Ada tindakan disiplin yang diambil oleh sesetengah sekolah terhadap pelajar didapati tidak bersesuaian dan perlu diganti, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan.

Katanya dakwaan wujudnya kes pelajar digantung sekolah akibat kelewatan datang ke sekolah adalah tidak munasabah.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai terdapat sekolah di Lembah Klang yang mengenakan hukuman gantung sekolah selama dua minggu bagi pelajar yang selalu lewat datang ke sekolah.

"Datang lewat jarang diambil tindakan macam tu, sebaliknya jika kes-kes berat seperti memukul guru atau merosakkan barang-barang guru yang dikategorikan kes berat, barulah tindakan seperti itu boleh diambil," katanya.

Hashim berkata kekeliruan mengenai jenis tindakan disiplin yang patut diambil timbul akibat tiadanya perincian dalam garis panduan Peraturan Pendidikan yang dikeluarkan empat tahun lepas berhubung tindakan yang sesuai yang perlu diambil terhadap pelajar.

"Saya bimbang (jika hukuman gantung dari sekolah ini dilaksanakan) ia akan menjadi trend dan ikutan di kalangan pelajar yang secara sengaja akan datang lembat ke sekolah agar mereka boleh digantung persekolahan," katanya.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan (yang pernah dijemput PIBG SMA MAIWP untuk menyampaikan cermahnya) berkata, sekiranya benar peraturan itu dilakukan ia sesuatu yang mendukacitakan kerana kes yang ringan dikenakan dengan hukuman yang berat yang tentunya tidak setimpal dan berlawanan dengan garis panduan yang dikeluarkan.

1 comment:

  1. Murid sekolah rendah pun ramai yang lewat kesekolah. Kebanyakannya disebabkan ibu bapa menghantar mereka lewat. Sekiranya terlalu kerap berlaku, Guru Besar perlu bertindak. Itu pun hanya selepas segala prosidur tata tertib telah dilakukan.Yang pasti tindakan perlu diambil, hanya berat ringannya hukuman perlu dikaji. Pentadbir harus diberi ruang untuk memastikan disiplin murid dipelihara sentiasa.Pengantungan murid adalah pilihan terakhir.

    ReplyDelete