Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Sunday, July 11, 2010

Temuramah bersama Tuan Pengetua

Muqaddimah. Berikut adalah biodata ringkas dan rumusan sedutan wawancara yang diadakan pada 8 Julai 2010 di Pejabat beliau. Wawancara ini dikendalikan oleh wartawan al-Irsyad (Fairuz Khalili Mohd Adlan, Siti Aisyah Isa dan Uzair Addin).

Nama: TUAN HJ ADNAN BIN ABDULLAH.

Latar Belakang Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Pasir Puteh, kemudian ke sebuah sekolah agama di Besut. Terpilih untuk ke Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin (SMUSZA) dan seterusnya memilih untuk menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Usuluddin dan Falsafah pada tahun 1974. Dalam peperiksaan SRP (kini PMR) beliau berjaya menduduki tempat kedua dari keseluruhan pelajar. Semasa di Tingkatan 4 pula, beliau mendapat tempat ketiga untuk seluruh tingkatan. Manakala dalam peperiksaan Rabi’ Thanawi, beliau berjaya mendapat tempat kedua. Walaupun berminat dan layak untuk menimba ilmu di Timur Tengah, namun beliau terpaksa menolaknya berikutan kos yang tinggi, memandangkan beliau daripada keluarga yang susah susah. Sejak kecil lagi beliau berazam untuk mengubah keadaan tersebut. Beliau juga memiliki Diploma Pendidikan, Diploma Kaunseling (UTM) dan Master Kaunseling (UTM) serta masih berhasrat untuk menyambung ke peringkat PhD.

Keluarga

Mempunyai seorang isteri dan 13 orang anak. Seorang anak berada di sekolah rendah, tiga orang di sekolah menengah dan 9 orang di pelbagai universiti dalam dan luar negara. Dalam mendidik anak-anak, beliau amat mengambil berat tentang solat, bercakap jujur dan ikhlas, saling meminta maaf. Baginya, setiap ibu bapa perlu menjadi role model kepada anak-anak.

Prinsip & Pegangan Hidup

Pengetua ini sentiasa berpegang kepada prinsip beliau iaitu bertaqwa kepada Allah, mengutamakan ajaran Islam dan memastikan kehidupannya sentiasa bertepatan dengan kehendak Allah SWT.

Azam, Cita-cita & Harapan

Beliau memasang harapan agar para pelajar sampai kepada tahap yang amat membanggakan semua pihak sehingga membuktikan bahawa SMA MAIWP setanding dengan sekolah-sekolah lain. Sebagai peneraju SMA MAIWP, beliau berazam berusaha untuk membentuk masyarakat yang bermatlamatkan ketaqwaan kepada Allah dan maju dalam semua bidang serta mampu menghadapi suasana dunia yang penuh dengan cabaran. Beliau berharap agar SMAMAIWP berhasil mewujudkan anak bangsa yang berjaya dengan penuh ketaqwaan. Harapan beliau kepada ibu bapa agar dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah supaya dapat membentuk para pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat serta sampai kepada matlamat secara bersama.

No comments:

Post a Comment