ukit Beruang - Jenayah seks dan kelucahan dikenal pasti sebagai perlakuan yang sering membabitkan remaja apabila ia mencatatkan peningkatan 0.03 peratus.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, lapan perlakuan jenayah yang membabitkan remaja belasan tahun termasuklah kenakalan/ketenteraman awam, salah laku musnah, kurang sopan, jenayah berat, tidak pentingkan masa, kelucahan dan seks, kekemasan diri dan ponteng sekolah.
Menurutnya, daripada lapan kategori itu, gejala ponteng sekolah mencatatkan kekerapan dan angka membimbangkan iaitu sebanyak 0.22 peratus.
“Dalam kajian MCPF dan dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM), jenayah seks serta kelucahan turut menarik minat remaja kerana angka 0.03 peratus ini adalah petunjuk yang memeranjatkan dan tidak dijangka,” katanya.
No comments:
Post a Comment