Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Sunday, December 11, 2011

Ceramah Persediaan dan Hala Tuju Selepas SPM

Penyampaian cenderamata

Ceramah 3: Puan Azwina Wati

Ceramah 2 oleh Tn. Hj. Suhaimi Deraman

Tekun mendengar ceramah

Ceramah 1 oleh Tn Hj Mohammad Ritzaudeen Bin Mohamad Tahir , Pengerusi Biro Pendidikan PIBG

Sebahagian peserta

10 Dis - UBK dan Biro Pendidikan PIBG bergabung tenaga bagi menjayakan Program Ceramah Persediaan dan Hala Tuju Selepas SPM bagi pelajar-pelajar tingkatan 5. Program yang diadakan di Dewan MASOBA itu menampilkan dua orang ahli profesional dalam bidang kejuruteraan dan kepeguaman selain ucapan oleh Ketua Penyelaras UBK sendiri, Ketua Biro Pendidikan PIBG dan Taklimat Permohonan UPU. Jurutera yang dijemput ialah Tuan Haji Ir. Suhaimi bin Deraman, seorang pengarah syarikat global yang berjaya. Bidang kepeguaman/undang-undang pula menampilkan Puan Azwina Wati, seorang peguambela dan peguamcara. Turut hadir memeriahkan program ialah Penolong Kanan HEM, Puan Nurrizah binti Jamali. Program tamat jam 1.45 petang.

3 comments:

  1. Nama sebenar ketua biro pendidikan PIBG SMA MAIWP adalah Mohammad Ritzaudeen Bin Mohamad Tahir.Terima Kasih

    ReplyDelete
  2. Saya nak minta tolong. sy minat jurusan teknologi makmal perubatan. Buat masa ni belum ada rakan yang turut berminat. jadi sy xtau nk rujuk pada siapa. harap ubk sma-maiwp sudi bantu ex-pelajar sma-maiwp

    ReplyDelete
  3. Sdra/ri,
    Terima kasih atas luahan hasrat sdra/ri. Jika sdra/ri benar2 berminat maka membujur lalu melintang patah. Apa nak 'kesah' dengan org lain. Ya! memang kawan adalah mrk yg dpt memudahkan pembelajaran kita. InsyaAllah sdra/i akan bertemu kwn yg ramai bila memasuki jurusan itu nanti, mgkin yg lebih baik dr yg ada sekrg. Sambil itu cubalah kempen dan promosi program tsbt kpd kwn2.
    sekian.

    wmu
    b/p UBK.

    ReplyDelete