Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Saturday, December 26, 2009

Cadangan yang baik

Cadangan seorang pengunjung supaya menyenaraikan nama dan gambar pelajar yang mendapat keputusan 9A dalam PMR sebagai penghargaan di blog amatlah baik. Saya akan usahakan (insyaAllah). Walk the talk!
Oleh itu, sesiapa yang memiliki gambar detik-detik bersejarah pada 24 disember, sila emelkan ke sini: wmubai@yahoo.com
( * Pihak webadmin tidak memiliki telefon bimbit yang dapat merakamkan gambar. Kamera yang ada pula lebih banyak tersimpan di rumah daripada digunakan kerana tidak berapa 'sihat').

Saya juga (insyaAllah) akan cuba lakarkan suasana pada 9.40 pagi di dalam bilik pengetua dan sekitar sekolah.
Juga akan (insyaAllah) cuba menemuramah secara online pelajar-pelajar yang mendapat 9A; perasaan mereka, persediaan, nasihat kepada adik-adik, perancangan selanjutnya dan sebagainya. Mohon kerjasama semua.

Banyaknya benda nak buat. Semua nak buat. kena cari asisten.

No comments:

Post a Comment