Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Wednesday, July 28, 2010

21 kes pelajar mengandung, bersalin luar nikah

Sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang telah dikesan oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi, berkata 12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan sembilan di kawasan bandar.

"Siasatan yang dilakukan kementerian menunjukkan bahawa 20 kes adalah berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes melibatkan kes rogol," katanya.

Baca selengkapnya di sini http://www.malaysiakini.com/news/138537

1 comment:

  1. Sedih bila dikenangkan bahawa kebanyakan kes ini melibatkan pelajar Muslim.Jangan difikirkan perkara ini hanya berlaku pada orang lain atau pada sekolah lain. Ancaman ini mungkin muncul di pintu hadapan rumah kita bila-bila masa. Janganlah mengharap orang lain untuk mencari penyelesaian, kita mesti bertindak membuat perubahan,mengawal dan mengubah persekitaran anak-anak kita.Bagaimana? Itulah cabaran bagi kita....

    ReplyDelete