Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Thursday, November 4, 2010

IKLAN Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
1.Warganegara Malaysia
2. Memperolehi 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 9A dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) di SRA JAWI tahun 2010
(Gred A dalam Subjek Bahasa Arab)
3. Mempunyai penguasaan yang baik dalam
~ Tulisan Jawi
Bacaan Al-Qur'an;
4. Lulus ujian kelayakan; dan
5. Tidak mempunyai penyakit kronik

CARA MEMOHON:

Borang Permohonan boleh diperolehi di:

Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Aras 3, Menara Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur, atau

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan d/a Masjid Saidina Othman ibn Affan Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kuala Lumpur

Borang Permohonan boleh diambil bermula dari 8 hingga 12 November 2010 sahaja pada waktu bekerja (jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang)

Sila bawa bersama kad pengenalan / sijil / surat beranak serta keputusan UPSR dan UPSRA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 24 November 2010 (Rabu).

Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah sampai sebelum atau pada 24 November 2010 ke alamat berikut (serahan tangan):

Pengetua

Sekolah Menengah Agama, d/a Masjid Saidina Othman ibn Affan

Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kuala Lumpur

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

(u.p. : Unit Dokumen SMA-MAIWP)

2 comments:

  1. bila sesi 2011 persekolahan di SMKA-MAIWP Labuan berlangsung

    ReplyDelete
  2. bilakah keputusan untuk ke SMA MAIWP Labuan akan diumumkan samada gagal atau berjaya untuk ke sekolah tersebut?

    ReplyDelete