Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa...Maksud al-Maidah:2.
Allah sentiasa membantu hambaNya selama mana hambaNya membantu saudaranya.. Maksud al-Hadith/Muslim.

Sunday, November 21, 2010

Pelajar SMA MAIWP gondol RM1500

ALOR GAJAH 20 Nov. - Kumpulan Al-Falahat dari Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur muncul naib johan siri kedua Pertandingan AgroXRace anjuran akhbar Utusan Melayu Mingguan dan Institut Skill-Tech (Skill-Tech) di sini hari ini.

Kesemua ahli kumpulan itu terdiri daripada pelajar tingkatan empat iaitu Ain Nabila Jari (4A), Norhaleeda Dzulkifly (4S), Siti Aishah Isa (4F) dan Nurzuliana Zulkarnain(4F) membawa pulang sijil dan wang tunai RM1,500.

Bagi, Ain Nabila, pertandingan mencari harta karun itu menarik kerana menggunakan tulisan jawi sepenuhnya.

Tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan SMK-SA dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin, Masjid Tanah. Mereka membawa pulang piala pusingan, sijil dan wang tunai RM2,000.

Untuk rekod, Siti Aishah Isa (4F) merupakan Timbalan Pengerusi PRS 2010.

Tahniah!

berita asal :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

iklan http://www.utusan.com.my/utusan/special/agro/agroXRACE.pdf

6 comments:

  1. Assalamualaikum
    Tahniah kepada pelajar yang menang pertandingan AgroXrace di Melaka...Buat yang terbaik lagi untuk tahun hadapan agar SMA MAIWP mampu menjuarai acara ini......InsyaALLAH...Amin

    ReplyDelete
  2. good job la srikandi sma maiwp!!!!;)
    nex year mzt anta lbeh rmai lg plaja sma maiwp dlm agroxrace!!!
    sgt best dan mencabar!!!!
    pengalaman yg mmg x dpt cari d mana2..
    congrates lg skali kpd Al-Falahat!!!!
    Bravo!!!!:)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah........pertandingan yg memberangsangkan dan membuahkan hasil...
    tahniah kpd semua pelajar sma maiwp yg menyertai pertandingan ini..

    ReplyDelete
  4. Syabas young ladies of SMA MAIWP!Pelajar-pelajar kita sememangnya hebat,alhamdullilah.

    ReplyDelete
  5. tahniah..semua pelajar sma -maiwp hebatt..

    ReplyDelete
  6. tahniah!!..moga berjaya mendapat tempat yg lbih terbaik lagi pada mase akn dtg..Usaha Maju Jaya!!

    ReplyDelete